Friday, May 11, 2012

Pasar Malam Temoyong

Malam ni kami pegi mencari makan dekat pasar malam pulak, setiap Khamis malam memang ada pasar malam dekat Temoyong ni. memang rata2 yang meniaga di sini adalah orang melayu dan banyak betul makanan, pakaian, buah2an di jual di pasar malam ni. ramai betul mat minah saleh yang singgah sama mencari makanan orang melayu kita2 ni. seronok tau bila tengok mereka pun makan makanan kita kan...

yang paling existed dah tentulah mamat ni, aku pun teruja sama tapi yang pasti aku di tinggal dekat belakang kan...

Jumpa pulak gerai yang jual bihun sup, siap open table lagi...apa lagi order makan dekat sini je. 1st time weh aku makan dekat pasar malam gini, terus teruja perasaanya. bihun tu memang sedappp sampai licin kuahnya ku hirup.

Pada aku ini adalah pertama kali jumpa kuih nih...kalau tak silam namanya 'Tekam' (sila betulkan kalau salah ek). Faizal kata kuih ni femes dekat belah2 utara. sekali makan rasa macam pelik je tapi 2 kali makan dah sedap pulak. dua kali singgah gerai ni untuk beli kuih sedap tu.

Selain dari makan bihun sup tu, ni ha yang paling mengecurkan air liur...mee rebus. memang marvelous ko, terbaek dari Pasar Malam Temoyong ni.

No comments: