Monday, May 7, 2012

My Homemade Gulai Ayam banyak serai

Malam tadi dah rasa badan sejuk sampai ke tulang hitam, tanda2 nak demam tu. memang betul pun dah demam, telan ubat lepas tu tido barang sejam dengan harapan bangun nanti bolehlah reda sikit panas badan ni. ambik memang terlena terus dari balik kerja sampai 9pm baru tersedar, mujur sedar ek. sedar pun sebab perut terasa lapar sangat tapi tak tau nak masak lauk apa, tekak terasa nak makan nasi dengan sesuatu yang berkuah. akhirnya terjadilah masak gulai ayam ni.

Aku guna ayam biasa je, dipotong, cuci dan toskan. cili padi, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup pulak di tumbuk/kisar halus. satukan ayam, serai (aku taruk banyak sebab stock serai dah nak mengecut) dan bahan kisar tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. tuang santan cair, kacau dan biarkan sehingga mendidih dan daging ayam menjadi empuk. bila ayam dah empuk, masukkan kentang yang di belah 4 dan biarkan sehingga kentang empuk. kemudian masukkan asam gelugur/keping dan pati santan. perasakan dengan garam dan biarkan seketika sebelum padamkan api. jangan gunakan api yang besar dan sentiasa kacau agar tak menjadi taik minyak pulak nanti.

inilah hidangan tengah malam kami laki bini malam tadi...kenapa tengah malam?!!! dah bangunnya pun 9pm, paham2 sendirilah bila waktu makannya pulak kannnn

5 comments:

Kathy Tuah said...

ya Allah, sedapnye..

Kakzakie said...

Itu dia sedapnya Ann... kakak telan air liur aje lah...

nurkaloi said...

marveles... !! sure sedap !

KhaiRin : anies said...

kn lak nasi pns2 wallaaaa

Ann Ishak said...

anis, kalau makan dengan nasi sejuk...terus terbantut tekak ku ;)