Friday, May 11, 2012

My Homemade Kari Sardin dengan Kentang

Lepas Maghrib tadi mulalah edisi masuk dapur...musim hujan di petang hari membawak ke malam ni menjadikan perut pun turut bergendang sama mintak di isi. kari sardin pun okay jugak ek, lama dah rasanya tak makan sardin dalam tin ni.

Sediakan bahan2 tumbuk seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan secubit belacan. panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, hirisan bawang putih daun kari dan halba sehingga harum. kemudian tambahkan cili kisar dan bahan tumbuk tadi, kacau sehingga cili garing. masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air, masak sehingga berminyak. jangan gunakan api yang besar dan sentiasa di kacau.

Tuangkan air dan masukkan beberapa keping asam gelugor. kacau dan biarkan sehingga mendidih. masukkan sardin dengan kuahnya sekali dan masak sehingga mendidih. kemudian masukkan kentang dan tuang santan pekat dan perasakan dengan garam. bila kentang dah empuk, masukkan tomato yang di potong 4...biarkan seketika dan bolehlah matikan api. sedia untuk di makan dengan nasi atau buat cecah dengan roti.

selamat mencuba...

5 comments:

Mimy Hamid said...

erkk sedap nya....nak print resepi ni..tq

Kathy Tuah said...

ya Allah, sedapnye!

Liza Razak said...

nak cuba jugak laa...saya selalu masak sambal sardin je.x pernah pulak masak kari sardin

La dOLcE mEa_nAtt said...

feveret saya....

Ann Ishak said...

insyaAllah sedap di tekak