Monday, May 21, 2012

My Homemade Mee Sup Ayam tapi ada udang

Di malam Jumaat ni memang membeku sikit otak ni...layan jugak tu Hal Ehwal Islam, buat tambahan ilmu di dada walaupun topiknya lebih pada berbudi dengan tanah. bolehlah dari takde apa nak tengok, nak bukak chanel lain asyiklah citer momok je. sambil tengok rancangan, sambil makan mee sup...layan babe.

Cuci mee kuning betul2 ye dan toskan. masukkan dalam mangkuk dan panaskan kuah sup ayam. lepas tu tuangkan dalam mangkuk yang ada mee kuning tadi. masukkan taugeh, hirisan tauhu & fishcake. boleh letak bawang goreng tapi aku lupa ma...lapo sangat gamaknya.

Hidangan yang memang sekejapan je penyediaannya sebab sup tu memang dah sedia ada cumanya aku tambah udang sebab ayamnya dah selamat masuk perut. makan panas2 dengan taruk sekali sambal kicap, baru ada menendang2 tau.

No comments: