Monday, May 28, 2012

My Homemade Sambal Udang Petai

Ada yang tak suka makan petai ke, sedapppppp tau...ahkak memang suka sangat. kalau pegi pasar tu, nampak petai cantik2 pulak matanya memang singgah beli punya. tapi sekarang ni petai seikat bukan main mahal lagi ek, 3 papan boleh cecah RM5 tuh.

Waktu kejadian adalah masa sehari dua yang lepas, bawak bekal dekat office. best pulak sekali sekala bawak bekal ni, jimat dah memang tentunya + lepas makan boleh lelapkan mata sekejab, jimat masa dekat situ.

Bersihkan udang dan buangkan kepalanya sekali. tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai sehingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. selepas tu masukkan sos cili, belacan, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. last, masukkan udang dan petai, kacau rata sehingga udang masak.

Pada waktu yang sama, badan pun tak berapa nak sedap sangat...bawak bekal ubat demam dari rumah. manelah tau kalau berlarutan bolehlah telan je ubat tu nanti. yang pentingnya kalau dah makan petai ni, bila gunakan toilet haruslah gunakan air yang banyak ye...nanti mau membunuh jiwa orang lain pulak nak menggunakannya ;)

seksi tak udang saya...hihihi

3 comments:

Aine Ainun said...

Mahal sungguh..
Kat sini pling mahal 3rgtla..

Unknown said...

resepinye xder ke hu3

Ann Ishak said...

resepinya ada sekali dalam entry tu sayang :)