Tuesday, May 22, 2012

Sehari di Pesta Buku 2012

Sempat terjah Pesta Buku Antarabangsa tempoh hari walaupun memang dah di hari2 akhir. memang sentiasa menantikan pesta buku ni dan rasanya tak pernah terlepas terjah untuk tahun2 yang sebelumnya jugak. macam biasa kalau dah ada pesta buku haruslah bersesak2 dengan orang ramai terutama sekali di hujung2 minggu akhir.

Untuk tahun ni aku cuma sempat terjah sekali je di pesta buku ni, jadinya hasil belian buku pun untuk tempoh sehari ni jelah yang mampu di belek. kali ni aku beli buku yang dah lama diterbitkan dan dari karya2 yang pernah keluar dekat surat khabar Utusan Malaysia. tak beli banyak pun. nak jugak rembat majalah2 lama tapi masyaAllah punyalah ramai dekat area booth Karangkraf tu, sudahnya memang tak masuk pun. pergi waktu tengah hari memang sekianlah ramainya orang sampai nak makan pun kena berdiri 10 minit baru dapat tempat duduk. kami makan dekat PWTC ni je, malas nak pegi The Mall.

alangkah best jadi student kan, banyak tau discount untuk diorang

Booth Creative antara tempat wajib singgah aku setiap tahun, memang lama kalau aku lepak membelek buku dekat sini selain booth Utusan. tengah2lah membelek tu adalah aku ala2 kenal je...tapi macam tak yakin takut silap orang pulak. okay takpe, relax dulu pilih2 belek buku lagi sampailah aku rasa nak tegur jugak. dek kerana teguran tulah akhirnya confirm orang yang aku nampak dan maksudkan tu adalah Kak Azie Azah. yang Kak Azie pulak dah macam biasa nampak si Faizal, maklumlah dalam blog ni memang melimpah muka dia semedang. borak2 riah sekampung dekat booth tu sambil tukar2 no phone tapi aku lupa pulak nak ambik no phone Kak Azie. dok sakan berborak gitulah jadinya, sudahnya akak smslah no phone akak...laki ku mencari mu ;) anyway terima kasih kak atas pemberian FMnya, sekarang dah selamat tersemat di peti gobok rumah.

Bila setiap kali datang ke pesta buku ni dengan ramainya orang membeli borong buku, kagum rasanya hati...sapa kata orang Malaysia tak suka membaca kan. jenis bacaan tu pada aku adalah subjektif, lain padang lain belalangnya...lain orang lain cita rasanya. tak rugi kalau berabis duit sikit untuk bahan2 bacaan ni, tambah bahan bacaan tambah jugak ilmu pengetahuan. bahan bacaan jugak tak khusus pada yang dah dewasa tapi ada bahan bacaan untuk remaja dan kanak2. salah satu booth yang aku memang rasa vasssssss sangat dari depan ke belakang dengan serba 'ke pink an' ko. booth ni memang ramai makpak anak2 berlaga2 bahu dekat situ dengan membelek bukunya, ada jugak membelek segala accessories anak2 nye dan tak kurang jugak membelek baju. siapa yang datang booth Ana Muslim memang taulah macam mana meriahnya booth ni. aku gigih jugak datang sini bukan untuk beli apa2 tapi sebab janji nak jumpa seseorang. ramai sangat orang, aku just duduk dekat tepi dan Faizallah yang mencari orangnya. bila dah tau mana satu orangnya yang nak di jumpa tu, aku berdua duduklah melangut dekat tepi dinding dengan harapan nak tunggu reda keadaan sikit tapi nan ado dek, bertambah ramai adalah. tapi dek berkat sentiasa bertegur sapa dalam entry, akhirnya orang yang di cari tu pulak perasan mak belang2 duduk melangut ni tau. ye dekat sini aku bertemu dengan Anies Hisham. ini adalah pertemuan kali pertama tapi berceritanya macam dah kenal lama, meriah ko si Anies ni dengan booth pink, baju pink, tudung pink...mujur je biji mata tak bertukar pink. diakhirnya pertemuan tu, aku dapat ole2 dari anies pulak...alahai segan u. aku datang tak pulak nak bawak apa barang nak bagi korang...takpe next time jumpa jumpaan, insyaAllah ye.

Dalam plan tak nak lama sangat dekat pesta buku ni...akhirnya disudahi dengan 2 kali masuk surau PWTC ko. kami keluar dari sini pun dah 7PM, terus je gegas2 balik Seremban pulak.

3 comments:

Mimy Hamid said...

tahun ni tak pegi punnn ada Fayel malas nk bersesak

Eri-chan said...

aku memang tak pergi pesta buku bretahun2 dah sebab aku tak tahan sesak. memang aku akan pitam dan pening serta-merta.

Ann Ishak said...

tapi ada bestnya jugak :)