Tuesday, June 5, 2012

Dinner @ Mamak Village

Malam tadi lepak makan dekat mamat sudah...

Boleh tahan ramainya manusia makan dekat sini, sinonim kan kalau mamak mesti sentiasa penuh

Inilah suasana Mamak Village @ Axis Atrium Ampang. tempat kemas dengan susunan mejanya tapi bila ramai pelanggan, mulanya berabuk dengan debu dari puntung rokok...yang ni memang aku kureng berkenan.

Konsep order makanan dekat sini sama macam dekat kopitiam, disediakan form...kita sendiri as customer kena tick apa yang di order. bagus jugak cara gini kan, mengurangkan pembaziran akibat salah order.

Teringin betul nak makan roti tisu, nah malam tadi dapat jugak akhirnya. sapa2 yang tak kenal rupa roti tisu ni, haaaaaaa tengok gambo atas tu,,,itulah rupanya roti tisu. so far roti tisu dekat sini sedap weh. besar rangup garing bila di kunyah, kurang manis tu yang penting. aku kalau makan roti tisu ni suka makan macam tu je tanpa pencecah, memang layan. tak mau kongsi2, terus aku je yang bedal sorang.

telur goreng tanpa minyak 2 biji

fresh orange

limau suam ni best, cukup manis, cukup masam

roti canai cheese, marvelous ;)

5 comments:

Aishah Jahirah said...

roti canai cheese....rasa cheese ke?

pena rozie said...

ramai yg menghasut srh cuba makan roti tisu ni...

mySara said...

warghhh, dah lama tak makan roti tisu... balek bp kena carikk ni.

Khamsi Abdullah said...

...rindu kl...

Ann Ishak said...

meh balik kl :)