Sunday, June 10, 2012

Dinner @ Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar

Selepas berjalan2 tanpa tujuan tu, balik hotel rehat dan siap2 untuk makan malam ikan bakar pulak dekat area Alai. memang banyak kawasan ikan bakar ni, just pilih je tempat yang menarik dengan tekak korang. tempat yang menjadi pilihan kami kali ni, di Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar, tempat ni yang dikatakan paling awal di buka dikawasan ini. aku pernah pergi sekali dolu2 dekat kawan2 office lama. kali ni kami berdua je tapi makanan yang di order boleh tahan membunuh banyaknya untuk di makan ;)

Sirap dengan kopi o ais RM3.30 untuk 2 gelas tu...makanan memang tahap makan sampai lebam.

Sambal kicap tapi pada aku kureng kick la...lebih suka kalau ada air asam ermmm. jalan untuk ke tempat ni agak tersuruk sikit. selepas jalan besar tu ada satu lorong kecik betul2 sebelah jambatan, kedai ni bersebelahan dengan Jeti Nelayan Sungai Ponggar. dah kedai sebelah jeti, ikan dekat kedai ni memang semuanya segar2 belaka.

Dekat sini femes dengan nasi lemak bila makan ikan bakar ni tapi aku kureng sikit...lebih suka makan dengan nasi putih je.

Udang masak halia RM36

Seksi tak ikan siakap bakar tu...RM41 harga ikut berat ikan. daging lembut dan manis lagi...best betul.

Sotong goreng kunyit RM10.85

Kami makan sikit je...boleh percaya ke?!!!

2 comments:

Mimy Hamid said...

ala kak eringat kita makan sampai lebam satu ketika dulu...

Ann Ishak said...

tau takpe, buat rombongan cik kiah lagi dekat Perigi Hang Tuah ---> ingat tak memori solat