Sunday, June 17, 2012

Garrett Popcorn KLCC

Malam tadi pegi tengok wayang dekat KLCC, lama siot tak menjejak TGV KLCC ni...tetiba rasa jakun pulak. kejab je jakunnya lepas tu kembali realiti, hakikatnya aku lebih sukalah menapak dekat TGV Wangsawalk tu walaupun tak seurban KLCC kan tapi sekurang2nya parking sengget je jah tak pun tiga henggetlah kalau weekend. citer apa, tu nantilah aku hupdate ye...biasalah citer dah habis tayangan baru aku buat review (^!^)

Selepas habis menonton, teruslah nak balik rumah tapi nak ke parking tu lalu pulak dekat area Garrett Popcorn. geram je tengok orang beratur panjang tu, boleh pulak aku pun nak menyambung barisan yang panjang jugaklah.

Dah alang2 beratur panjang, 2 bags terus ko...barulah berbaloi jah. takat nak merasa memang aku malaslah menghadap barisan panjang tu.

Aku hanya beli ChicMix RM16 (small) dengan Caramel RM21 (medium), yang aku suka sekali tu ha jah yang ChicMix sebab campuran caramel dengan cheese corn sekali. caramel tu manis sangat, sebutir dua je yang mampu telan tu pun berulam air kosong. inilah snack dikala menonton tv di rumah, jenuh nak perabih ni. bukannya sayang nak makan tapi lelama tu rasa kembang jugak tekak dek kemanisan melampau (^0^)

5 comments:

KhaiRin : anies said...

mahal jg kalu banding ngan planet popcorn ya

Norhafizah (Lina) said...

snake org kekaya je ni jah.

Eri-chan said...

memang sedap. ko kena try macadamia baru sedappppp

Mimy Hamid said...

serius sedap.nak bergareth KLCC la weekend ni...huhu tarikan blog ini

Ann Ishak said...

macadamia pun dah try jugak, yup sedap :)