Saturday, June 2, 2012

Hayaki Kopitiam

Kopitiam yang pemilik sepenuhnya oleh orang Melayu/Bumiputra (kelantanese pemiliknya) yang menghidangkan masakan kebanyakan dari Kelantan. hok kelate bulehlah ke sini, meh... harga makanan yang agak murah dan perkhidmatan wifi jugak disediakan untuk pelanggan di sini.

Nasi Kerabu Ayam Goreng RM7.90

Jumaat malam yang lepas aku balik Seremban, petang semalam baru balik ke KL semula. sebelum balik ke rumah harus pegi makan dulu, takde mood nak memasak bagai kalau badan dah penat2 ni. jadinya inilah tempat pilihan untuk makan malam tadi. kalau tak salah kopitiam ni beroperasi selama 24 jam, tak berapa pasti tapi rasanya YElah.

Iced White Coffee RM3.50 & Hot Barley Lemon RM2.80, yang penting sekali persekitaran dalam dan luar kedai yang bersih.

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud:

"Bukankah aku memberitahu kamu mengenai ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

cam juling pulak biji mata aku nih...spoil sungguh

Mee Tomyam RM6.50

Masakan Kelantan ni selalu menarik perhatian tekak kita kan, kalau berminat tu datang cuba try test masakan kelantan di Hayaki Kopitiam ni. aku mai yang dekat Danau Kota, Setapak.

4 comments:

Rai said...

hayaki macam nama jepon..ingatkan orang jepun bukak kopitiam..hehe

Mimy Hamid said...

24 jam betul kah..wowww

Ann Ishak said...

saya pun ingatkan rosto jepun mulanya, sekali masih mek kelate weh :)

Madihah Abd Karim said...

Bukan owner hayaki chinese from kelantan ke?