Monday, June 4, 2012

Julie & Sharkir

Sekarang ni musim persekolahan dah bermula semula selepas cuti selama 2 minggu kan. kalau dah musim cuti sekolah, memang tak larilah dengan kisah kenduri kawin segala. hujung minggu adalah hari yang paling sibuk sampai jalan raya pun sama jammed. untuk 2 minggu ni jugak, aku sibuk menghadiri jemputan kenduri kawin kawan2 aku dan kawan2 Faizal...lepas keinginan tekak nak makan nasi minyak kenduri kawin. nasi minyak dekat kedai tak sama rasanya weh...

Kali ni aku dan Faizal memenuhi jemputan my buddy di hari persandingannya di Duchess Place, Jalan Ampang. congratulation to my lovely Julie & Sharkir for the very happening wedding ceremony...you rock dear.

cantik kan mempelai ni

i love this table deco, so sweet

mempelai diarak masuk ke singgahsana

Para tetamu yang tidak dapat hadir di majlis akad nikah yang diadakan sehari sebelum majlis persandingan, boleh melihat suasana sekitar majlis tersebut di setiap flat screen yang ada di dalam dewan ni. sementara mempelai bersanding di singgahsana sambil direnjis dipilis, para tetamu mula di hidangkan dengan makanan. sambil2 tu adalah sesi penceritaan kisah cinta mereka ni sehinggalah diijabkabulkan dan kisah best friends diorang ni mengenai ke dua mempelai.

Selepas habis majlis merenjis, mempelai turun semula dari singgahsana menuju ke luar dewan semula. upacara selepas ni memang happening ko, 1st time aku tengok ni...maksudnya orang melayu memang tak pernah buat lagu gini gayanya.

Mempelai diarak masuk ke dewan sekali lagi tapi dengan cara yang berlainan pulak. di iringi oleh kawan2, sanak saudara yang muda belia gitu. ketika ini jugaklah kedengaran lagu AWAS dari KRU mula berkumandang.

Mempelai masuk semula ke dewan sambil menari okay...korang ada, takdekan hahahaha. but serious memang diorang masuk ke dewan semula dengan menari sambil diiringi oleh kawan2 dan sanak saudara yang muda belia tadi. masa ni dewan memang gamat giloz dengan tepukan dan sorakan para tetamu, mujur aku tak join sekaki ;)

Okay korang mesti pelik, kenapa lagu AWAS dari KRU, bukannya latest song zaman sekarang kan. sebenarnya my friend Julie ni memang die hard fan KRU dulu kini dan selamanya sehinggakan kawan2 sekolah dia dulu pun kalau nak masuk geng dia, mesti orang tu minat KRU jugak. wahhhhhhhhh gitu, mujur aku tak kenal ko masa zaman sekolah babe...mesti aku tak layak jadi kawan ko punya (^0^)

Makanan pada malam tu jugak adalah best dan memang puas makanlah, tak kedekut hidangan. okay bersambung lagi selepas ni...

3 comments:

Rai said...

memang sweet decoration table tu.. selamat pengantin baru buat pasangan mempelai..

Mimy Hamid said...

kelasss lagu AWAS gerak langkah mu wohoooo

Ann Ishak said...

:)