Wednesday, June 13, 2012

Kipas berdiri

Sekarang ni cuaca memang sangat panas, panas yang rasanya sampai tahap tak nak tinggalkan aircond...kalau boleh nak ber-aircond 24/7 sekiranya mampu. walaupun aku tinggal di atas bukit yang paling indah di Ampang ni bersebelahan dengan hutan lagi tapi tidak dapat menyejukkan keadaan malah bertambah panas. kipas berpusing laju pun tak mampu menyejukkan terutama sekali bila waktu siang. rasanya nak je aku masukkan aircond dalam rumah ni tapi apakan daya ni rumah orang (sewa) kalau rumah sendiri takpe jugak...akhirnya pikir alternatif lagi pulak.

Last weekend aku buat rombakan bantal, tebiat laki ku ni setiap setahun sekali mesti nak tukar bantal tido lain. maksudnya bantal yang dah lebih setahun pakai memang akan di hantar ke rumah MIL atau rumah adik beradik yang lain kalau kondisi masih baik atau di buang terus kalau dah lembik sesangat tu. dah cara dia begitu, ikutkan ajalah tapi aku memang suka sangat...cepat je nak mencapai cadar dengan sarung yang baru jugak tu ha dalam plastik ;) selain dari tu sambar jugak kipas angin baru.

Dan akhirnya berdirilah kipas ni di dalam rumah. dapur aku ni memang tak berkipas, kalau masak tu masyaAllah beruap satu rumah. bila dah ada kipas ni senang sikit rasa nak memasak, nak makan ke nak tempak angin masa menghadap laptop memasing pun senang jugak.

3 comments:

Asyifa Mustaffa said...

lor...kita pun baru beli kipas mnngu lepas...hehe....paneh..! x tahan kan...

Eri-chan said...

rumah tu kipas dia memang tak kuat kan...mmg boleh melekit bdn kalau panas2 masak tu..hehe

Ann Ishak said...

kipas dekat rumah ni aku dah baiki semuanya, barulah laju berpusing