Thursday, June 7, 2012

Mcd @ Esso Mobil Sungai Besi

Dah memutih rambut laki ku, nak buat macam mane...umur kami ni makin meningkat. aku pun dah berhelai2 jugak rambut putih di kepala.

Niat awalnya nak ambik breakfast set tapi dah terlebih waktu pulak. terus ambik set lunch je, Filet O Fish set RM6.60 memang set pilihan aku dan Spicy Deluxe set RM8.15 tapi air tukar kepada milo. antara waktu pagi dengan tengah hari ni perut tak berapa nak menerima air berkarbonat, silap2 nanti buat ragam pulak baru haru jadinya.

Kenyang perut sampai ke petang jugak bila makan burger mcd ni. selepas ni kami mau teruskan perjalanan ke Melaka, holiday time ;)