Sunday, June 3, 2012

My Homemade Sambal Rebus Ikan Bilis Tamban

Pagi ni entry tayang lauk dinner malam tadilah pulak ye. lauk biasa2 je, lauk orang kampung...tak taulah orang bandar pernah makan ke tidak. lepas dinner tu ada balance lagi buat cecah dengan kodok tepung pulak, kudapan untuk tengok bola EURO 2012.

Cili padi ikut tahap kepedasan sendiri di tumbuk. bawang besar dan bawang putih dihiris. satukan ikan bilis tamban, santan pekat, cili tumbuk, bawang hiris, secubit belacan dan air asam jawa ke dalam periuk. kacau rata dengan api kecik sehingga kuah menjadi pekat. perasakan garamnya dan angkat. bolehlah hidangkan dengan sayur rebus...memang marvelous.

selain dari tu ada jugaklah aku goreng ayam segera ni, jadilah 2 ketul sorang kan.

Hidangan ni kalau nak terasa lebih keDESAannya, meh makan bersama lempeng atau ubi kayu rebus. aku makan dengan kodok tepung je, takat tu kerajinan yang ada di tengah malam hari.

4 comments:

Siti Nursyuhada said...

pagi dah terliur tgk ayam goreng,,,,,

Mimy Hamid said...

ikan bilis itu menyentuh tekak ku..nak buat gak

Rai said...

ikan bilis tamban ni memang sedap.. dulu selalu jugak buat.. lemak je kan..skang ni susah da nak jumpa ikan bilis tamban yang elok..kalau kat pasaraya tu berdebu je..

Ann Ishak said...

memang betul kak rai, saya beli dekat minimart dekat rumah je...mujur elok pulak rupanya :)