Tuesday, June 12, 2012

My Homemade Sambal Taon Tempoyak

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai rumah petang semalam selepas away untuk beberapa hari. keadaan di rumah pun selamat, rehat lurus2kan badan dan terus keluar semula untuk ambik kucing2 yang di hantar transit. boleh je nak ambik hari ni tapi hati tu dah rindu sangat nak dengar mengiau mereka2 tu.

Tak ada plan nak makan malam dekat luar pun, lepas ambik kucing2 tu terus je aku menonong balik ke rumah. dalam kepala ni dah pikir, masak jelah apa yang ada dekat ice gobok tu. selongkar punya selongkar dapatlah ikan bilis tamban sikit, cili padi sikit dan yang best sekali tempoyak ada banyak sebab baru ambik dari rumah my sista tempoh hari. maka terjadilah sambal taon tempoyak untuk hidangan malam tadi.

Tumbuk halus cili padi dan asingkan. kemudian goreng ikan bilis tamban sehingga garing dan toskan. panaskan minyak dan tumis cili padi yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan dan garing. setelah tu masukkan tempoyak dan gaulkan hingga mesra. seterusnya masukkan ikan bilis tamban tadi dan gaul sebati. selepas tu bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Untuk nak lebih mantap bertambah2 nasi dalam pinggan, aku lawankan pulak dengan telur goreng dadar. perhhhhh memang habis 2 pot nasi di makan oleh laki bini nih...alhamdulillah

5 comments:

Norhafizah (Lina) said...

amboi... tak hagak-hagak makan laki bini boleh habis 2 pot nasi. ni nak kena try, semua bahan ada dalam ice gobok.

Irfa said...

alamak kecur air liur.dahlah posa.
huhu..balik kena buat lah ni

izla said...

first time tau masakan ni.
nampak sedap.boleh cuba nih!!

Lia said...

adehhh..terliurnya....

Ann Ishak said...

cubalah masakan orang kampung ni :)