Saturday, June 2, 2012

Umrah untuk 2012

Alhamdulillah...rezeki lagi untuk kakak dan abang ipar untuk menunaikan umrah tahun ini. mereka akan berlepas petang ini, semoga di permudahkan segalanya dan dikurniakan tubuh badan yang sihat. jangan risau, kami yang tinggal ni akan sentiasa menjaga amanat yang ditinggalkan.

Kali ni aku nak tunjuk gambo my abang ipar sebelum pergi menunaikan fardu haji kali ke 2 tahun lepas.

ni dah siap2 untuk check in, mujur aku sempat sampai

abang ipar hanya pegi seorang diri sahaja, my sister tak dapat ikut sebab last minutes confirmation memang payah sikit

biasalah ini keluarga besar ku, memang penuh meriah kalau semuanya berkumpul dekat KLIA ni

dah nak masuk, Selamat Tinggal

semoga dipermudahkan segalanya

Bila dah selamat masuk tu, kami yang tinggal ni bertempiaran balik jugak. aku memang tak masuk office lagi, tak kuasa dah. tayang muka 2 jam je lepas tu terus keluar pegi KLIA ni.

My abang ipar pegi menunaikan haji dengan pakej swasta, tu pasal berlepas direct di KLIA. memang memudahkan, tak perlu berkhemah di Kelana Jaya.

4 comments:

KhaiRin : anies said...

tp ongkos nyer lbh sket kn drpd g hj dgn TH kn.. ;-)

Rai said...

selamat pergi dan selamat kembali.. semoga dipermudahkan perjalanan ke sana..

Mimy Hamid said...

seronok org pegi umrah ni kalau dia balik peluk cium..amik berkat..Insya Allah

Ann Ishak said...

kalau ipar tu susahlah nak peluk cium kecuali sesama mahram :)