Friday, June 1, 2012

Uncle K Kopitiam @ TTDI

Alo...rindu ai kew?!!!
Apa!!! tak rindu?!!!
Kalau macam tu, ai nak ilang lagilah...

Haru jugak kalau sehari tak mengarang entry kan, walaupun 5 baris ayat je tapi cukup tidak melengkapkan hari ku. aku bukannya takde modal nak bercerita tapi 2 hari ni rasa mengantuk tu awal dari yang biasa...maknanya tido awalllllllllllllll dari masa biasa masuk tido. depan tv pun aku lelap, sudahnya tv tengok aku tido. dengan keadaan cuaca sekarang ni memang membara siang dan malamnya, kemain senang melena tido pulak mata ni.

Tapi taklah aku nak citer pasal tido sehingga nak tayang tempat tido kan, macam biasa kali ni nak citer tempat makan dan makan dan makan lagi. alkisahnya aku pegi lunch dekat Uncle K Kopitiam, kisah ni sehari sebelum hari jadi Agong which is hari Jumaat. waktu tu aku memang cuti sebab setiap public holiday jatuh hari Sabtu, will b/forward to Jumaat. aku je yang cuti, Faizal keje jadinya aku jadi mak supirlah hari tu. dah banyakkkkkk kali pun makan dekat sini, cuma kali ni je baru nak share cerita tempat makan ni.

Bihun Tomyam

Ada pelbagai jenis menu terdapat di sini dari arabic, western, mamak dan yang wajibnya masakan melayu authentic lah.

Nasi Goreng Kambing

Service dekat sini adalah cepat, tak perlu menunggu lama untuk dapatkan makanan cuma tak taulah kalau waktu ramai pelanggan. aku mai sini biasanya masa tak ramai orang je.

3 Layer Tea

Harga makanan jugak adalah agak mahal, lebih kurang standard kopitiam yang lainlah tapi ada sesetengah makanan yang dirasakan mahal dari harga kopitiam lain. aku still suka datang sini sebab dapat staff price ko, bukannya kenal pekerja dekat kopitiam ni tapi laki ku dapat privilege ni sebab office sebelah je. so official semua staff di office sebelah tu dapat harga staff which is less 10% for every meal. siap ada menu makanan special untuk diorang ni dengan syarat kena tunjuk tag kerja. aku cuma menumpang kasih tuah badan jelah ;) makanya harga makanan tak dapatlah nak di berikan.

Telur Dadar yang dah tinggal pinggan je

3 comments:

KhaiRin : anies said...

kebersihan cm ne ann?

Azhafizah[フィザ] said...

bihun tomyam tu sangat menyelerakan..pasti kaw tu..

Ann Ishak said...

so far tahap kebersihan adalah baik :)