Friday, July 20, 2012

A Nite to Remember

Selepas penat petangnya dengan aktiviti Fun Time, malamnya pulak mestilah ada dinner. dinner adalah di dalam resort sahaja yang bertemakan Cartoon or Superhero. semua orang diwajibkan memakai baju/costume yang bertemakan cartoon ataupun superhero pujaan masing2. memang bestlah malam tu dengan macam2 jenis baju cartoon superhero ada.

committee being committee, kena buat kerja...nak makan pun tak sempat

disamping menjaga audio system, sempat lagi buat benda2 lain...kenalah multitask

Antara makanan yang dihidangkan pada malam itu, memang banyak betul dan yang pastinya sedap2 belaka. yes...ini diakui oleh semua orang, makanan dekat Tiara Beach Resort ni memang tak mengecewakan langsung. dari tea time, dinner sehinggalah breakfast nya pun makanan still sedap2 lagi. aku hanya sempat ambik buah je dulu dipermulaan masuk ballroom, lepas tu memang tinggal je tak bermakan.

Most of the time aku kena duduk sini kawal audio dengan background musik, mujur memang ada simpan koleksi lagu2 mp3 cartoon superhero cuma just upgrade letak lagu Upin Ipin dengan Boboi Boy kot namanya.

Malam dinner ni jugak diadakan games, budak2 memang happy sakan turun naik stage...sampai pening committee nak jaga. sah2 makpak masing2 dah leka berborak, anak2 berserakan ;) ballroom memang bertutup dan pintu keluar masuk ada pihak resort yang jaga, so memang budak2 ni berkeliaran dalam ballroom saja.

Si Ziyad ni salah sorang yang dok turun naik stage, penat auntie ann nak kejar tau. sudahnya aku biarkan saja dia main dekat atas stage tu tapi mata memang kena tengok budak ni selalu. akhirnya mommy pun dah pening asyik teleng nak memandang stage, ha ko kena tangkap. kejab je tu baiknya...

Dinner dari 8pm terlajak acara sampailah midnight, makanan pun dah habis. nasiblah laki sempat ambikkan dulu letak atas meja. tau bininya memang tak makan lagi, akhirnya tengah malam orang dah bersurai, aku baru nak makan dengan tenang. sepanjang malam tu aku memang sibuk dekat stage, Faizal pun sibuk berborak. tak risau langsung pasal mamat ni, dia kenal semua kawan2 aku dan dah boleh buat geng jugak. tengok baju kami, Faizal al Mickey Mouse and ann al Sesame Street - the word on the street.

and for the cute lil boy, Ziyad al Superman

4 comments:

QasehnyaRania said...

selamat berpuasa ;)

pena rozie said...

Salam Ramadan & Selamat Berpuase...

KhaiRin : anies said...

bleh jd dj ni

salam ramadan!

Ann Ishak said...

wah...boleh jadi part time kan :p