Thursday, July 19, 2012

Are U Hot Enough?

Pernah dengar ayam penyet atau pernah makan ayam penyet...mesti pernah kan korang. tambahan lagi sekarang ni mana2 saja kita pergi mesti jumpa kedai yang ada menyajikan menu ayam penyet ni sampai gerai tepi jalan pun ada ayam penyet jugak tau. penangan ayam penyet punya pasal, kali ni aku nak terjah merasa hidangan ayam penyet di Waroeng Penyet @ The Curve.

Konsep meng order adalah kita customer ni kena beratur di counter order untuk meng order makanan. selepas membuat pembayaran, pihak counter tu akan bagi kita nombor order seperti dalam gambo tu. letak atas meja demi memudahkan penghantaran makanan terus ke meja.

minuman yang menjadi pilihan tekak kami, Ice Tea RM2.50 dan Ice Coffee RM2.50

Ayam Penyet RM7.90 - dihidangkan bersama tempe goreng, tauhu goreng, hirisan sayur dan sambal pedas

Udang Penyet RM7.90 - didatangkan sama jugak macam hidangan ayam penyet tadi

Sup Rawon RM7.90 - yang ni memang aku suka, kuahnya mesra rasa rempah yang kuat

Bakso Bakar RM7.50 - bebola yang biasanya dalam hidangan mee bakso tu tapi kali ni bebola itu dibuat bakar pulak...sedap

macam nak tak nak je senyum, kelaparan ni menunggu makanan sampai

selepas makan sup ni memang confirm panas badan sebab tindak balas dari rempah yang ada dalam sup tersebut

nasi putih RM1.90 each

So far makanan dekat sini okaylah sedap dan boleh datang lagi di lain masa. harga pulak bagi aku adalah sama standard dengan tempat lain. tahap kepedasan sambalnya adalah max sehingga aku ulang beli air sampai 2 gelas :) barulah boleh aku tersenyum riang sambil perut kenyang. nak ke sini tapi tak tau dekat mana, meh ambik full address dekat bawah ni;

Waroeng Penyet
Lot 131, 1st Floor, The Curve,
No. 6, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara

5 comments:

Rai said...

macam pedas gila je sambal dia tu.. saya penah makan sekali je ayam penyet kat sunway pyramid..pegi dengan bos..pedas gak..esok paginya terus cherry berry..husband saya tak bagi pegi dah..ajak pun dia takmo da.. waa...

Irfa said...

muka awak cam bdak skolah je ;)

Mimy Hamid said...

tak pernah rasa apa beza ek dengan ayam penyet biasa tu kat wangsa walk

MamaEma said...

tak pernah cuba pun ayam penyet..org cakap pedas sangat..

Ann Ishak said...

memang pedas ema, pada saya yang memang tak berapa kuat makan pedas ni :)