Friday, July 20, 2012

Bayi 4 bulan yang didera pengasuh koma akibat pendarahan dalam otak



Alor Setar: Bayi berusia empat bulan koma akibat pendarahan dalam otak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan tidak sedarkan diri sejak 20 Jun lalu. Bapa bayi malang itu, Amriizwan Ibrahim, 29, membuat laporan di Balai Polis Langgar di sini, pada 21 Jun lalu kerana mengesyaki anaknya didera ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.

Amriizwan berkata, pada 20 Jun lalu, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka menangis. “Tidak lama kemudian, Taufiq tidak sedarkan diri, sebelum tubuhnya menjadi kebiruan dan tidak lagi bernafas.Isteri saya terus membawanya ke Hospital Kulim (HK) dan pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.

“Bagaimanapun, doktor sempat menyelamatkan anak saya sebelum meminta kami merujuknya ke HSB untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di HSB di sini, semalam. Taufiq dibedah pada hari sama jam 11 malam. “Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan matanya menyebabkan anak saya koma sehingga sekarang. Malah, pihak hospital turut mengesyaki anak saya didera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata setakat ini siasatan mendapati tiada kesan cedera pada luaran badan mangsa. “Polis sudah ambil keterangan daripada pengasuh terbabit dan hasil siasatan akan dimajukan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kecuaian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Awal bulan ini di Johor Bahru, seorang bayi tiga bulan, Muhammad Zafran Anaqi patah kaki dan tangan kirinya akibat didera pengasuh.


Hai lah...apa agaknya masalah dengan pengasuh ni kan, kalau nak berkhidmat menjaga amanat orang ni, jagalah betul2 barulah duit upah yang dapat setiap bulan tu berkat. apalah yang baby tu tau pun selain dari tido, bila lapar menangis tu jelah. takkan baby menangis pun ko nak sepuk jugak. kalau rasanya tak mampu nak menahan panas hati amarah macam tu janganlah jadi pengasuh, sila cari sumber pendapatan lain pulak dari ko belasah baby yang memang takkan tau nak melawan mempertahankan diri. cubalah kalau anak sendiri, mampu tak ko buat macam tu jugak...hai lah.

Kalau kita sebagai ibu bapa mesti dalam dilema setiap kali nak hantar anak kepada pengasuh kan. dalam fikiran tu mesti terdetik perasaan macam takut je andai nanti terjadi perkara macam ni dekat anak kita. siapa lagi nak di harapkan untuk menjaga anak tu nanti bila dah sampai masa untuk ibu bapa keluar bekerja kalau tak pengasuh. perkara macam ni sering terjadi kepada pasangan yang memang bekerja dan maybe tinggal jauh dari keluarga yang sudah pasti mengharapkan pengasuh untuk menjadi anak sepenuhnya sepanjang mereka bekerja.

Pada pengasuh2 ni pulak, sometimes aku pernah dengarlah cerita...pengasuh ni boleh menjaga baby sampai lebih dari 5 orang. memang aku akan kagum sekiranya dia mampu menjaga babies tu semua dengan baik. orang kata menjaga baby ni senang, masanya lebih banyak tido dari meragam...tapi kenapa selalu je ada kes menderaan kepada baby pulak. mana sifat keibuan yang memang selalu ada dalam diri tu, tergamak lagi nak mendera baby yang tak tau apa2.

Kalau dah susah nak percaya pada kredibiliti pengasuh ni, macam mana pulak dengan nursery....ada jugak kes2 macam ni kan, hai lah dilema sungguh.

7 comments:

Irfa said...

baca je xnak komen
sakit ati ;(

Mimy Hamid said...

sakit jiwa baca..sentap...susah nak cakp bab pengasuh..mak aii kan pengasuh tapi satu je la..jaga la macam anak sendiri dan ikhlas...Insya Allah...

MamaEma said...

kesian kat baby tu....muga baby kembali sihat.... geram juga dgn penasuh yg tak berperikemanusiaan

Kakzakie said...

Entahlah Ann.. kakak kalau baca berita macam ini rasanya bersyukur sangat sebab kakak rasa bibik-bibik kakak walau tak sekolah rasanya lebih baik dan alhamdulillah selama 13 tahun kakak bertukar-tukar bibik inilah yg paling kakak takut sebenarnya.

Kella said...

adui...sakitnya hati!

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..

QasehnyaRania said...

sakit hati j ;(
bb yang tak tahu apa2 ..

Ann Ishak said...

kesian pada keluarga si mangsa :(