Saturday, July 28, 2012

It's all about 7/7/2012

Seperti yang telah di rancangkan, pada awal minggu bulan July hari tu kami sekeluarga telah mengadakan tahlil arwah dan majlis doa selamat untuk bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba tak berapa lama lagi. dekat Negeri Sembilan ni kebanyakan tempat masih mengamalkan lagi kenduri doa selamat untuk menyambut bulan Ramadhan. waktu2 macam ni memang meriah kalau balik kampung, ada je rumah orang yang buat kenduri kendara.

Hanya minggu pertama saja yang available untuk diadakan majlis ni sebab minggu ke 2 pulak, ada wedding my sepupu. minggu pertama tu jatuh tarikhnya 7/7/2012 wink wink wink it's my birthday lah...lagi hati plus girang gumbira.

Aku dengan Faizal dah sampai kampung bersama seorang lagi anak buah hati sama2 konvoi balik dari KL early Saturday tu, lebih kurang 3am baru sampai rumah. tu pun sebab berhenti makan dulu dekat Bahau. sampai rumah macam biasalah semua orang dah tido kecuali abang dengan kakak masih menunggu kami sampai. borak2 sambil baring2 tu, tak taulah jam berapa kami semua tido...aleh2 dah 630am je. bangun, solat dan teruslah tak tido lagi.

Sediakan sarapan pagi, buatlah nasi goreng goreng...beli pulak roti jala dengan roti canai, memang bergembira betul lemak badan hari tu. okaylah tu sebab lemak2 tu semua nak digunakan kelak, banyak keja yang dah menanti ni :)

Selepas my bro balik dari pasar, bermulalah sesi menyiang daging, ikan, udang dan meracik sayur2an. kali ni ayam takde dalam menu kenduri, dah boring rasanya asyik makan ayam je ahaksss. segala bawang, cili, halia, kunyit semuanya dah siap malam sebelum tu.

Bila dah menjelang tengah hari, sesi memasak pun bermula. dekat dapur masak untuk makan tengah hari, yang dekat belakang ni memasak untuk hidangan kenduri nanti. ikan keli kena goreng dulu sebab memang makan masa lama nak goreng ikan ni. yang lain2 tu akan menyusul dengan tungku bertambah2 di sepanjang wet kitchen ni.

Budak2 kecik semuanya ada dekat main hall bermain2. tak payahlah nak arahkan diorang tu buat kerja, memang takkan menjadi punya...lebih main adalah. berhenti rehat sekejab untuk makan tengah hari dan solat. selepas tu sambung memasak semula.

Kenal ni apa....?!!! ini adalah umbut kelapa. biasanya kawasan felda kalau ada kenduri kendara walau kecik besarnya pasti akan ada orang blog datang menolong. waktu2 biasa orang blog bertandang adalah lepas zohor atau pun lepas asar. masa diorang ni dah mula datang, kebanyakkan lauk pauk dah pun bertenggek atas api. not much to help tapi kami bagilah jugak orang2 blog ni siang umbut kelapa tu. aku pulak sediakan minuman petang untuk diorang, suruh anak buah hati pegi beli pisang goreng + kuih2 lain jugak untuk minum petang tu...orang dah datang menolong, takkan tak hidang apa2 kan.

Beginilah keadaannya sampailah petang menjelang maghrib, tak berhenti buat keja. belah petang2 ni pulak anak2 buah hati sibuk dengan acara sampingan lain malam untuk malam tu. diorang ni memang ada je plannya. biarkan as long as kita yang besar2 ni boleh rehat sudahlah.

2 comments:

Mimy Hamid said...

July day...oh itu ke umbut kelapa hihihi jakun jap

Ann Ishak said...

sedap buat masak lemak putih tau ;p