Monday, July 23, 2012

Menu berbuka di hari 2 Ramadhan - Kek Batik Vico

Baca title macam ada berderet juadah berbuka kan, tapi hakikatnya tidak sama sekali. alhamdulillah masuk hari ke 2 kita di bulan Ramadhan ni, saya masih mengekalkan hidangan ala kadar sahaja untuk berbuka. mencukupilah sekadar manisan dan minuman panas, kalau banyak sangat makanan nanti banyak pulak makannya. lepas tu mulalah tak larat nak buat semua benda termasuklah solat dan tarawih. yang lagi penting, untuk nak mengelakkan pembaziran, itukan perbuatan syaitan :(

Untuk hari ke 2 Ramadhan ni, saya menyediakan kek batik vico yang memang senang sap sap soi je membuatnya.

Antara bahan utama dalam kek ni adalah biskut marie, patahkan 4 bahagian ye. campurkan 1 cawan Vico (memang boleh sangat kalau nak gunakan Milo), 5 sudu besar serbuk koko, 1 sudu besar esen vanila, 1/2 tin susu pekat (jangan pulak gunakan susu cair), 1/2 cawan air dan 4 biji telur dalam periuk...kacau dan panaskan di atas api yang sederhana. bila dah start merenek tu masukkan 150g butter dan kacau sehingga adunan menjadi likat. selepas itu masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga sebati adunannya. bolehlah tutup api dan masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan serata. sejukkan dalam peti sejuk selama min 1 jam atau lebih. bolehlah di hidangkan sebagai manisan ketika berbuka nanti.

Okay memang mantap di hidangkan bersama minuman kegemaran masing2. alahaiii macam takde apa je juadah berbuka saya kan, takpelah saya tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah beri...alhamdulillah. lepas makan terus bersiap2 untuk ke masjid.

8 comments:

emarieys said...

ALhamdulillah..nikmat sangat kan..

Unknown said...

berlebih lebihan masa berbuka tak baik..sedaplah nampak kek batik tu.. nyesal BW siang2 buta..hehe

Anonymous said...

aduhai... jgn krg pahala puasa KA tgk ni udah ler hehe

Ayu Ayunie said...

nak wat la kek batik.. sy suka pakai milo..

dear anies said...

buat sket je..bkn nk kasi kt kite ni waaaaaaa

Anis Azalea said...

aku suka kek batik tau...naKkkk

Mimy Hamid said...

beza vico n milo..rasanya vico malt choc dia pekat sikit kot rasa nya..kannnn

Ann Ishak said...

sama je rasanya...bagi ai lah :p