Friday, July 27, 2012

Meraih kasih Ilahi

Tauhid - point penting yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari majalah SOLUSI Isu No. 40...artikal berada di muka surat 101 hasil tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Pengasihnya Allah

Betapa kasihnya Allah kepada kita dapat diperhatikan dalam tuntutan perkara-perkara fardu iaitu:

Perkara fardu yang sedikit
  • Solat wajib sebanyak lima kali sehari sahaja, malah ia boleh dikurangkan dan dihimpunkan mengikut keadaan.
  • Pembayaran zakat sekadar 2.5% sahaja daripada harta, bukannya 25%.
  • Perlaksanaan puasa selama sebulan dalam setahun, iaitu pada siang hari bulan Ramadhan sahaja dan dibenarkan berbuka pada waktu malamnya.

Perkara fardu yang mudah

  • Mengerjakan solat fardu mudah kerana bilangan rakaat yang tidak banyak dan tidak mengambil masa yang lama.
  • Mudah dan menguntungkan dalam pelaksanaan solat kerana mendapat manfaat fizikal (kerehatan badan) dan rohani (ketenangan hati).
  • Berpakaian dengan apa-apa jua jenis pakaian selagi mematuhi ketetapan syarak.

Begitulah sifat ibadat fardu yang memudahkan umat Islam. Selain mudah, ia juga mempunyai manfaat dan kebaikan untuk diri dan masyarakat.

3 comments:

Aishah Jahirah said...

yg sedikit tulah sesetengah kita susah nak buat...;(

Rai said...

entah macam mana lah agaknya kalau solat fardhu tu kita kena buat 50 waktu macam yang asal diperintahkan kepada nabi muhammad..

Ann Ishak said...

mungkin tak ada yg mampu untuk tunaikan selain nabiNYA