Monday, July 9, 2012

My Homemade Asam Tumis Tempoyak

Untuk akak2 semua, jom pakat masak asam tumis tempoyak untuk juadah tengah hari ni...sedap weh kalau masak pekat2 tau. ini adalah juadah untuk dinner malam tadi, laju je berpeluh2 masa makan tu dek kepedasan...tak pedas nanti tak kick pulak kan so layannnnnn ;)

Sediakan bahan untuk ditumbuk halus seperti bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi...tu yang berdesing kepedasan :) panaskan minyak, tumiskan serai yang ditumbuk sedikit dan bahan tumbuk tadi sehingga wangi. dah katanya tumis tempoyak, haruslah masukkan tempoyak dan kacau rata kemudian tuangkan air secukupnya dan biarkan mendidih. masukkan asam gelugur, kiub ikan bilis dan ikan selar (boleh gunakan ikan yang lain jugak, ikut kegemaran masing2), perasakan dengan garam. akhir sekali masukkan timun yang dibuang biji dan daun kunyit. masak sekejab dan matikan api. makan bersama nasi panas dan pagi tadi sarapan pagi makan roti bercecahkan kuahnya (^0^)

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan hari ini

5 comments:

eMMe said...

ni ala2 gulai tempoyak kan, tapi i nye biasa versi pekat, u punye Ann, ala gulai singgang kan.... sedap jugak kan...

SYANI said...

Baru je masak gulai tempoyak Sabtu lepas..

Aine Ainun said...

oh...cmtu rupanya...
cam singgang pun ade..
cuma tambah tempoyak je

KhaiRin : anies said...

ann bak sepinggan!

Ann Ishak said...

anis, meh datang rumah :)