Sunday, July 15, 2012

Our studio room

Kalau nak bawak anak2 berjimba di Port Dickson ni, Tiara Beach Resort adalah tempat yang paling tetap kerana di sini terdapat taman tema air yang agak besar. sesuailah kalau datang cuti hujung minggu dan musim cuti sekolah nanti. tapi kalau nak datang tu haruslah sediakan makanan sampingan yang cukup ye, bukannya apa...kedudukan resort ni jauh dari bandar. ada mini mart disediakan dekat lobi resort tapi jarak agak jauh dari taman tema, unless dapat bilik yang terletak di sebelah hadapan lobi tu okaylah. okay meh review our room, aku ambik studio room sebab dua orang je tapi jangan risau untuk yang keluarga besar ye...masih ada apartment 2 bilik yang sesuai untuk korang stay.

1 queen bed and 1 single bed

yang paling penting, ruang toilet yang bersih

mini hall

Studio room takde dining table, kalau nak makan gunalah coffee table dekat mini hall tu. sinki dan cabinet kitchen untuk mencuci pingan mangguk cawan di sediakan tapi sabun cuci bawak sendiri :(

toiletries yang disediakan oleh pihak resort

2 comments:

Mimy Hamid said...

toiletries tu harus la amik kan buat koleksi

Ann Ishak said...

tak ambik pun...dah banyak sangat koleksi :)