Monday, July 30, 2012

Tahlil arwah dan majlis doa selamat

Seperti yang di rancang, tahlil arwah dan majlis doa selamat sempena nak menyambut bulan Ramadhan telah diadakan pada 7/7/2012 yang lepas. majlis bermula selepas solat Isyak, semua makanan dah siap di hidang selepas maghrib lagi. selepas bertungkus lumus memasak di siang harinya, antara hidangan yang dihidangkan adalah;

masak lemak daun + petai dan tempoyak

sambal udang + petai ---> meriah betul dengan petai masa ni

masak lemak cili api daging + tulang

pajeri nanas

masak lemak putih umbut kelapa

macam biasa konsep makan ala buffet

ikan bakar + air asam

dan untuk manisan pulak, tapai pulut

donat bersira pedas

pengat pisang + nangka bersagu

serta jagung seri muka

Alhamdulillah ramai orang datang untuk memeriahkan majlis dan sama2 membacakan bacaan yassin untuk arwah ke dua ibu bapa kami.

Ni merangkap penyambut tetamu dapur :) anak buah hati aku. yang sebelah kanan tu namanya Jihan ---> dah habis belajar, bakal doktor ni dan yang belah kiri tu Manja ---> baru habis matrik, tengah tunggu panggilan U pulak. sementara nak tunggu panggilan U, dia buat part time keja dekat Petronas petrol pump. 1st time kerja tapi memang hazablah sebab operation 24/7 petrol pump. Manja ni tak pernah kerja lagi, balik memang melepek penat. masa berkumpul ni aku nasihatkan dia, kalau tak larat resign sebelum puasa ni ---> jangan paksa diri. sebab apa aku suruh dia resign, dia sendiri dah mengadu kata tak larat kerja sampai 12 jam setiap hari, gaji pulak memang tak berbaloi sangat. kenduri ni kan hari Sabtu, sepatutnya the next day hari Ahad dia keja petang, nak jadikan cerita ---> berlakulah drama air mata tak nak pegi kerja, nak resign 24hrs. bantai menangis dalam kereta berjam2 lamanya, semua orang pegi pujuk ---> alahaiiiiiiiiii manjaaaaaaaaaaanya anak.

10 comments:

KhaiRin : anies said...

byk nyer ann..rajin beul memasaknya

Aishah Jahirah said...

banyaknye lauk pauk....

Norhafizah (Lina) said...

tahun depan tahlil jgn lupa jemput.. nak makan daun kayu tempoyak.

Eri-chan said...

alahai lauk pauk. seronoknya tengok tapai pulut. alahai ni si Manja yang ko cerita dulu ek..dah besar panjang dah ah..

Azian Elias said...

Banyak betul foodnya.. ALHAMDULILAH selesai semuanya dah ye..

eMMe said...

Salam Ann, lauk semua sodap2..terutamanya, tempoyak masak tu... mmg nak kene cari jugak ni.. kalo masak secara bergotong royong mmg puas hati, mesti sedap kan.. mesti licin punye lah! hehehe...

Rai said...

lama betul tak makan donat bersira sambal tu..anak2 kecik ni tak sampai ati nak buat pedas2..

kakcik said...

Sedapnya semua juadah yang disediakan itu. :)

Mimy Hamid said...

serius semua makanan sedap dan naik selera...wahhhhhhhhhhhh kak klu dekat mmg aku pegi kak oi...

Ann Ishak said...

boleh sangat dek kalau hang sanggup ;p