Tuesday, July 31, 2012

tinggal ---> tempah

Dalam bulan Ramadhan ni kalau nak keluar membeli belah, shopping even window shopping semuanya aku lakukan pada sebelah malam je. hujung minggu pun jarang sangatlah nak keluar sebelah siang, malam jugak akhirnya. sekarang kan dah mula mall tutup lewat, apa lagi kalau dah hampir nak raya nanti...mau 12am baru tutup. nak mengukur Jalan TAR tu....ermmm kalau ada sebab2 tertentu je baru aku nak pegi. saja2 nak ke sana tu memang TIDAKlah di masa2 ni.

Beli barang2 dapur sikit tapi tah macam mane beg tertinggal dekat rumah walhal aku dah letak dekat dengan pintu tadi. sudahnya...sorry bumi, aku terpaksa menggunakan plastik beg hari ni.

Tujuan utama adalah nak menepah lagi mata 2 ku ini. spake mata yang dekat rumah punya dah longgar sebab si Faizal pegi pakai...alasan spake matanya untuk rumah punya tertinggal dalam kereta. muka mamat ni kan besar, jadi longgar sudahnya spake aku tu, dahlah bila aku pakai asyiklah melorot ke bawah, geram betul. pegi kedai ni untuk tukar terus frame baru, sebenarnya boleh je nak ketatkan semula tapi saja gatal...aku nak tukar frame baru pulak :)

7 comments:

Aishah Jahirah said...

alang2 kan tukar frame terus,spek raya..;)

QasehnyaRania said...

betol tu..spek ghaya..;)

KhaiRin : anies said...

spac raya la tuuu

Eri-chan said...

mata pun nak beraya yoo

Mimy Hamid said...

bermata baru la di hari raya

Ina Haireina said...

boleh nampak satu dunia raye ni.. hehehe..

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - kan, memang jadi spek raya.