Thursday, July 12, 2012

8 JAM

"Yang paling jauh dengan kita adalah MASA LALU
dan yang paling dekat dengan kita adalah MATI"
(Imam Ghazali)

Cerita ni memang banyak aksi bergaduh dari awal sampai habis cerita dan aku rasa aksi bergaduh yang real, taklah kaku macam mintak kena pukul je...ala2 terasa macam tengok citer Ong Bak pulak. ada jugak bab2 sedih dalam ni tapi belum mampu untuk menitikkan air mata aku.

8 jam ini adalah masa yang hero ada untuk bercerita kepada pegawai polis yang menjaganya sepanjang masa 8 jam tu sehingga masanya untuk di gantung sampai mati atas kesalahan membunuh. makanya terjadilah flashback dari kisahnya kecik membesar dalam suasana yang memang tak 'sihat' sehingga nak makan pun kena mencuri, kena masuk rumah anak yatim selepas kematian ibunya, lari dari rumah anak yatim dan balik semula ke 'lorong' itu sehinggalah macam mana hero boleh membunuh.

Apa yang aku suka sangat tengok Shaheizy Sam (hero) ni berlakon adalah dia memang pandai buat memek muka yang memang real ganas, real sedih, real takut...taklah bermuka2 budget control cun sangat. mehlah layan sinopsis dan trailer dulu..lepas tu korang bolehlah proceed tengok wayang pulak, support cerita tempatan kita (^0^)


ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.

Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.

Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.

Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.
Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.
Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.



2 comments:

Mimy Hamid said...

yeahh support cite melayu..err astro first aje

Ann Ishak said...

astro 1st aku tak layan, terasa mahalnya