Friday, June 22, 2012

Villa Atok

Hujung minggu lepas yang agak membusy untuk semua Hj. Ishak family. seperti yang direncanakan, kami segerombolan balik kg untuk mengemas rumah yang baru siap diubah suai sepenuhnya oleh kami anak2 jugak. bila sampai tu, wahhhhhhhhhh terpana...betapa besarnya rumah ni, 6 bilik sorang satu setiap anak dengan 2 bilik stor dan yang penting sekali 4 bilik air. selepas ni tiadalah adegan berebut bilik air, bilik pun dah sorang satu tapi percayalah, kami lebih suka tido bergelimpangan adik beradik je.

anak2 buah hati mengecat bilik stor

Faizal settlekan bilik stor yang sebelah lagi

Anak buah hati aku yang dok membongkok mengecat tu kemain lagi nak cop bilik stor ni untuk dijadikan bilik bujang dia and the geng tapi tak taulah dapat approval dari adik beradik aku yang lain atau tidak ;) bilik stor ni memang besar dan sesuai buat bilik depa yang lelaki2 ni jugak.

si kecik ni pun sibuk jugak nak mengecat

cat putih and i love it

Klasik tak lemari ni, memang barangan lama ni. lemari ni lagi tua daripada aku tau, dah almost 40 years jugak usianya. lemari ni digunakan oleh arwak mak aku sehinggalah aku lahir dan kini cucu pun boleh guna sama. asal warnanya memang kusam tapi dek kerana nilai sentimental value nya yang tinggi, kami semua baikinya sehingga nampak seperti baru. tinggal lagi nak taruk jaring pada penutupnya tu sebab yang lama tu dah nampak terlalu kusam sangat. plan nak letak dekat dining hall, dalam tu nanti boleh simpan makanan dan pinggan mangkuk. barang2 lain dalam rumah ni dah di hantar tumpang di rumah makcik.

Yes...aku anak felda. meh layan setiap kawasan rumah, gambo ni aku ambik dari setiap hujung penjuru arah

pandangan dari sisi rumah sayup2 kebelakang

bahagian hadapan rumah, 2 pintu utama nak masuk ke dalam. sliding door tu connect to main hall

pintu utama yang connect to mini hall

ruangan dapur dan dining hall

Mini hall yang asalnya main hall rumah asal, cement merah tu adalah tapak rumah asal dan connect to all bilik2 yang adalah 6 semuanya.

main hall, memang jauh lebih besar dari mini hall tadi

ruangan ke bilik stor dan bilik air

Yang sedihnya arwah ayah tak sempat nak tengok ataupun tinggal di rumah yang kami adik beradik ubah suai menggunakan duit kami sendiri. yes, kami adik beradik share duit untuk renovate rumah ini dengan mengekalkan structure rumah asal. alhamdulillah semua yang dirancangan telah menjadi dan insyaAllah untuk bulan July ni kami akan adalah majlis tahlil arwah dan majlis doa selamat untuk bulan puasa yang bekal nak menjelang sama. dan atas permintaan cucu2 Hj Ishak jugak, mereka nak letak nama rumah atok diorang ni sebagai "VILLA ATOK"

Rumah ni banyak kenangan berbanding rumah yang di Kemaman tu, itu lebih banyak kepada investment sahaja.

3 comments:

Gieyana said...

Mmg besr gilaaa..syiok bila bkumpul ramai2 kt sini..

Eri-chan said...

balik raya paling meriahla...buat kenduri kawin pun best ni..ehhe..eh Felda mana ni eh?

Ann Ishak said...

Felda Pasir Besar, Gemas