Wednesday, August 29, 2012

7 tips kulit segar dan mekar bila bertandang di open house



1. Kurang minum, cuaca panas dan kering menyebabkan kualiti kulit terganggu. amalkan pemakaian pelembab yang tetap. sebelah malamnya, pupurkan wajah sebelum tidur dengan hydration mask dan pastikan tidur bersama pelembab atau serum malam.

2. Pilihlah alat solek daripada rangkaian mineral atau mempunyai formula membelai kulit terutamanya bedak asas untuk memelihara kualiti kulit.

3. Pastikan pemakaian makeup base dan pelembab muka sebelum memulakan solekan. jika bimbang kulit berminyak, gantikannya dengan semburan hidrasi sebelum dan selepas bersolek.

4. Untuk memberikan efek segar dengan buah pipi ala rosy look, sapukan pemerah pipi sebelum bedak debu. gunakan daripada tekstur krim atau cecair. dan tutup permukaan pipi dengan layangan ringan bedak debu.

5. Pilihan gincu warna terang sangat membantu menyuntikkan elemen segar pada raut wajah. jika tidak mahu bold lips, alihkan perhatian pada layangan pipi lebih cerah seperti jingga terang.

6. Mengenakan solekan celak mata tebal antara helah terbaik bagi yang tidak arif mengadunkan warna pembayang mata. namun, jangan biarkan kelopak mata kosong begitu sahaja. setidak2nya sapulah eye makeup base atau pembayang rona jernih berpigmen kilatan.

7. Apabila gincu tertinggal dek makan dan minum, tambahkan sahaja pengilat di tengah bibir, kerana ia lebih mudah diaplikasi tanpa cermin.

Selamat mencuba :)

No comments: