Tuesday, August 28, 2012

Bersantai @ Bara One Bistro

Orang kata best lepak dekat sini, kebetulan tempatnya hanya di Axis Atrium, Jalan Cempaka, Ampang saja...dekat dengan rumah. setiap hujung minggu akan ada band orang2 lama perform tapi aku belum berpeluang menonton lagi. apa main dish yang best dekat sini pun masing belum diteroka lagi, malam tadi datang just datang lepak santai berdating sambil minum kopi.

Strawberry Float RM4.50 ---> bistro ni ownernya adalah orang melayu, pekerjanya pun melayu dan chef pun melayu jugak. bolehlah makan di sini tanpa sebarang keraguan ye dak.

Choc Cake with Ice Cream RM9.50 ---> suasana dalam kawasan cafe adalah cantik, tersusun dan yang penting sekali adalah bersih.

Caramel Latte RM4.90 of course untuk aku :)

Bistro ni di buka setiap hari dari 9am hingga 12mid, pelbagai makanan di sediakan dari western dan jugak local. aku pasti akan datang lagi coz teringin nak mencuba makanan lain pulak :)

4 comments:

Rai said...

caramel latte tu nampak menarik! suasana macam ala ala romantik gitu kan..

Aishah Jahirah said...

redup aje nampak suasanan dlaman cafe ni...

Ann Ishak said...

Rai - hahaha dah malam kot, tu yang nampak ala2 romantik tu

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - yup betul