Thursday, August 16, 2012

Bila al-Quran Diturunkan?

tentang al-Quran - point penting yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari majalah SOLUSI Isu No. 40...artikal berada di muka surat 116 hasil tulisan Ustaz Fauzi Abdul Hamid dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Kali pertama al-Quran diturunkan pada malam Lailatulqadar ke Baitul Ma'mur, dan kali kedua juga Allah menurunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar kepada Rasulullah s.a.w.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan ketahuilah, bahawa apa-apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlima daripadanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, Rasul-Nya, kerabat (Rasulullah), anak-anak yatim, miskin serta ibn sabil (orang musafir yang kehabisan bekalan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada 'Hari al-Furqan', iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." Surah al-Anfal 8:41).

Selepas genap 11 tahun al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., Allah s.w.t. telah memerintahkan Baginda untuk keluar berperang iaitu Perang Badar.

Terdapat persoalan pada malam bila al-Quran diturunkan. Tentang persoalan ini, tiada satu jawapan yang dapat menjelaskan masa yang tepat al-Quran diturunkan. Ada sesetengah riwayat mengatakan pada malam 17 Ramadan, 19 Ramadan dan 27 Ramadan. Wallahu a'lam.

2 comments:

QasehnyaRania said...

selamat hari raya
maaf zahir batin dari ciksu *-^

Ann Ishak said...

selamat hari raya dari kami jugak