Wednesday, August 22, 2012

Hasil air tangan anak

Hari ni aku dah kembali ke rumah sendiri, still bercuti panjang lagi cuma saja balik awal sebab dekat rumah masih ada kucing yang perlu di jenguk jenggah. kali ni aku tak hantar transit mana2 pun, just tinggalkan makanan air yang mencukupi dan alhamdulillah semuanya sihat makanan pun habis ikut perkiraan hari yang ditinggalkan. hari ni pun takde apa2 program, boleh rehat panjang seharian kerana besok akan bersambung agenda hari raya lagi...dah raya sebulan ye dak. selain dari rehatkan diri hari ni, perut pun boleh berehat sama...bercuti dari makan berat, no more rendang, nasi, lauk pauk beranika jenis. hanya yang light2 saja untuk hari ni.

Belum ada mood nak update kisah2 hari raya ku, tunggu dululah ek. cuma yang menarik sepanjang berhari raya bersama my big family, rasanya setiap hari aku bedal makan kek. hari2 mesti ada kek yang berlainan jenis hasil air tangan anak buah sendiri. wahhhhh kagum betul makcik ko ni nak, pandai betul buat kek. ni yang nak berguru dengan anak sendiri nih. seisi rumah pun dah berbau macam dekat kedai kek je.

Lunch tadi aku makan kek saja, hasil air tangan anak sendiri ahaksss...

cappuccino cheese cake

choc cheese cake

2 comments:

Eri-chan said...

giler sedap nampak..yummeh

Ann Ishak said...

gigih aku berguru sama jugak ;)