Friday, August 3, 2012

Iftar @ William's Corner

Akibat malam sebelumnya aku berbuka dekat luar, jadinya malam tadi pun berbuka dekat luar jugak. tu yang malas nak mulakan, memang berterusanlah lepas ni berbuka luar je sebab dah mula rasa syok tak payah nak memasak segala. tak boleh jadi ni, kena ubah balik nawaitu dalam diri...tak naklah menjadi amalan terus menerus sehingga berakhirnya Ramadhan nanti.

Konsept berbuka diluar sama jugak macam malam sebelumnya. berbuka di rumah dahulu, solat dan barulah keluar cari makan. masa berbuka tu biasanya minum air Vico panas dengan makan kurma, sambil menonton cerita dekat TV1 tu...ala dan2 nilah aku lupa tajuk cerita tu. tapi yang pasti cerita ni start dari 730pm - 7.55pm, mengisahkan kehidupan di rumah orang tua2. seronok tengok cerita ni, aku start layan dari awal kita berpuasa lagi.

Pesto + Shredded Lamb RM30

Tempat pilihan kali ni adalah di William's Corner, dekat dah sekarang...senang nak pegi selalu ahaksss. portion makanan dan minuman besar, kalau makan berdua order satu set makanan je dah cukup. pesto ni memang sedap dengan taburan 2 jenis cheese diatasnya, the shredded lamb meat floss was fantastic.

Sea Coconut Longan RM8

12 comments:

KhaiRin : anies said...

Baitul Rahmah ;-)

Mimy Hamid said...

plan sabtu nak gi wlliam...adoyai ok la nak order pesto...

man said...

sedapnya..hehe

Mizz ErMa said...

wah, tgk gmbr pon mcm sedap aje..padan lah dgn harga dia yg mahal tu kan..hehe

azieazah said...

Sementara masih berdua ni, ok la boleh berbuka kat luar. Tukar-tukar tempat mengikut selera. Syok gak tuh...

Azian Elias said...

aduii sedapnya sea coconut longan.. terasa kat tekak nii..

ismail potter said...

udalah pose... nampak macam sedap jerrrrrrr.. mintak boleh wat buka nanti..?

Ann Ishak said...

Anies - Haaa betul tu

Ann Ishak said...

Mimy - cubalah, sedap

Ann Ishak said...

Erma - portion memang besar dek, berbaloi2 dengan harga jugak

Ann Ishak said...

Kak AzieAzah - syok...

Ann Ishak said...

Ismail - tak tuntut ilmu dengan pakcik william lagi hihihi