Monday, August 20, 2012

Mabuk rendang sudah

Macam biasalah setiap kali hari raya, juadah utama setiap rumah adalah ketupat rendang lemang rendang + kuih muih raya yang maha meriah. untuk hari raya pertama ni memang boleh lalu dengan gemilang di tekak tapi kalau dah masuk hari ke dua raya...confirm dekat situ aku dah mula terkulat kujat nak telan. bukan tak sedap tapi kalau dah terlalu banyak sangat hidangan rendang ayam/daging, kita pun boleh rasa muak jugak kan. jadinya mulalah hari raya ke dua tu mencari alternatif lain untuk nak makan selain dari makan rendang lagi.

Untuk hari raya ke dua ni, juadah makan lunch sudah berubah rupa. tidak ada lagi rendang daging/ayam, ketupat lemang pun tak. nikmat dapat makan telur dadar dengan sambal sardin je. kalau nak lagi best, makan maggie sup...perhhhhhhh terbaeklah. di kala ni memanglah aku rindukan makanan ni;

baked pasta

dengan air sedap2 macam ni

2 comments:

Eri-chan said...

hari ni aku makan kfc..tapi itupun ayam gak..

Ann Ishak said...

kalau aku memang tak lalu dah