Monday, August 27, 2012

MASKARA must have!!!

Rozita Che Wan

Dalam makeup bag kita mesti ada maskara kan, janggallah kalau takde tu. nak2 pulak kalau melaram di hari raya...lepas tu pulak bertandang ke rumah terbuka (open house). nak jugaklah merasa glamor tapi janganlah terlebih hover dari Rozita Che Wan sudahlah ahaksss.

5 tips bulu mata mekar sehelai2;

1. Elakkan menyapu maskara lebih daripada 3 kali kerana semakin banyak lapisan yang disapu, semakin besar kesilapan yang berlaku.

2. Jika mahukan gaya lentikan yang lebih tipis atau meleraikan gumpalan bulu mata yang melekat, bersihkan sedikit dakwat maskara dari berusnya sebelum disapukan pada bulu mata.

3. Selepas satu sapuan, berhenti seketika. usapkan lembut bulu mata dengan tisu. kemudian ulangi sapuan ke dua dan ulangi langkah itu seterusnya. ini untuk mengelakkan gumpalan pada bulu mata.

4. Jangan tinggal hatta sehelai bulu mata untuk diselaputkan dengan dakwat maskara. gunakan hujung berus maskara untuk mencapai bulu mata yang sukar seperti sudut dalam mata.

5. Selain hitam, beranikan diri mencuba maskara rona coklat, biru pekat atau hijau tua. padankan dengan contact lenses rona gelap untuk impak yang ceria cantik gojes gitu.

14 comments:

Aishah Jahirah said...

huhuu pakai mascara bila g dinner jea...

Mimy Hamid said...

tak pakai mascara...leceh cuci...pakai bulu pelesu jek..buleh

aniswany said...

mata ala2 Cik Ta tu idaman semua gadis2 kan :D

Kesuma Angsana said...

suka tgk orng pakai, KA sendiri x brpa nak minat hehe

MamaEma said...

time raya sapulah..time kerja malas..hehehe

Eri-chan said...

tgu period baru nak pakai. hahahaha

Mie said...

Selamat Hari Raya buat Ann dan suami...

Ann Ishak said...

Aishah Jahirah - lepas ni pakai pulak ke tempat kerja :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - buleh...tapi sakit perit bila nak tanggal :)

Ann Ishak said...

aniswany - yup :)

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - suka tengok orang cantik ek KA, indah ciptaan Tuhan :)

Ann Ishak said...

MamaEma - mesti glamor mama di pagi raya :)

Ann Ishak said...

Eri-chan - mau bertahun baru habis maskara tu :)

Ann Ishak said...

Mie - selamat hari raya jugak buat mie :)