Wednesday, August 8, 2012

My homemade daging masak lemak cili api untuk iftar

Hah ambik ko, terbalik2 entry...boleh pulak sahur yang keluar dulu, sepatutnya entry iftar la kan. tapi ada sapa kesah ke...!!! rasanya takdak, takpe buat tak tau je asalkan publish sudah. dah lama rasanya tak keluar entry masak memasak, tapi bukannya tak masak tapi malas nak snap2 gambo ni...ada masanya mood untuk snap gambo adalah pada tahap paling minimal. okaylah kali ini untuk kali ke dua selepas berbuka dengan keluarga hujung minggu lepas (pun nan ado gambo, walhal memang hebat makanan waktu tu...just update dalam FB je) aku berbuka dengan nasi bersama daging masak lemak cili api.

Daging tu aku ambik sikit dengan tulangnya, teringat pulak masak macam ni masa kenduri tahlil hari tu. tumbuk cili api bersama kunyit hidup sehingga lumat, kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik...kacau sebentar. kemudian masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering. selepas tu masukkan santan cair dan kacau selalu. jangan gunakan api yang besar ketika ni, kacau sehingga kuah agak mendidih baru masukkan kentang. setelah kentang agak empuk masukkan asam gelugur, garam dan pati santan. kacau selalu sehingga mendidih. selepas kuah mendidih dan kentang dah empuk, tutup api dan bolehlah di hidangkan dengan nasi panas.

Takkan nak makan daging je kan, rajin pulak nak menambah juadah berbuka, aku sediakan sekali telur dadar ni...bukannya susah sangat nak buat pun. kurang dari 1/2 jam je dah boleh siap.

zoom bagi dekat sikit :)

Sambal colek MESTI ada, sambal tempoyak. di harap resepi ni bolehlah memberi idea juadah berbuka korang nanti. jangan risau mesti sempat siap punya sebelum waktu berbuka.

8 comments:

~aYu~ said...

erk terliur tgk. ptg ni nak masak masak lemak gak la. xtau lagi daging atau ketam..

~♥ OjaAmran ♥~ said...

turn saya masak lomak ni this coming saturday...hehehe

Mimy Hamid said...

org nogori masak lomak gerenti sodap ok cilik resepi

E'in said...

sambal colek feveret.. hehehe.. selalu nye e'in masak ayam masak cili api.. huhuhu

Ann Ishak said...

Ayu - ketam masak lemak memang super sedap

Ann Ishak said...

OjaAmran - mesti sedap kan

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - resepi biasa2 je tu mie

Ann Ishak said...

E-in - ayam masak cili api pun best, lebih lagi kalau guna ayam kg