Thursday, August 9, 2012

My Homemade Rendang Ayam Kampung

Selamat petang semua, semoga korang sihat walafiat menjalani ibadah puasa ye. macam mana persiapan nak menyambut hari lebaran nanti, dah siap semuanya kah...?! ahkak belum lagi dek :(

Cuma satu je yang ahkak dah buat awal, ni haa beria masak rendang ayam kampung ko. tapi taklah ahkak nak simpan sampai raya, confirm tak sempat sampai raya punya...habis dah kena makan dek laki ahkak tu :)

Kisahnya, semalam berjumpalah dengan kawan ahkak ni, dia tokay kambing dalam masa yang sama ada ayam kampung jugak. teruslah ahkak beli seekor, tetiba rasa macam nak buat rendang pulak. ayam kampung kan memang marvelous di buat rendang. makanya, iftar bawak ke sahur semalam ahkak dengan laki makan rendang ayam kampung je. jom kita tengok resepi pulak ye...

Potong ayam kampung ikut suka korang, potong 18 boleh, potong 16 pun boleh. tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili api dan serai. hiriskan pulak daun kunyit dan daun limau purut. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing. kemudian masukkan rempah kari dan biarkan sampai garing. seterusnya masukkan ayam kampung dan gaul sebati. setelah itu, masukkan santan dan tutup periuk/kuali sehingga ayam menjadi empuk. bila daging ayam kampung dah empuk, masukkan kerisik, asam keping dan perasakan dengan garam. masak lagi sehingga kuah pekat (terpulang ikut selera samada nak yang berkuah sikit ataupun kering). akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut dan sedia untuk dihidang. makan bersama nasi panas ataupun nasi impit pun boleh.

yang paling suka adalah Faizal, bertambah2 dia makan (^__^)

10 comments:

fazitaismail said...

perkk rendang ayam..peberet tu..tp ita tak berapa pndai lah nk msk benda alah nie..asyik tak sedap je hehe

Mimy Hamid said...

amik aura raya nampakkk....wehooo..kak tolong tanyakan tokeh kambing untuk aqiqah seekor kambing

MamaEma said...

dah lama tak makan ayam

Aine Ainun said...

edapnya Annn...
lama da saya x makan aym kampung...

masak rendang lagi la sedaokan../
terasa manisnya ayam tu

Faizah Zanudin said...

Assalamualaikum.Saya ni suke sgt bce post post akk di blog ni !..jdi sye trus follow blog akk..Boleh akk follow blog sye blk ????

Ann Ishak said...

fazitaismail - mesti sedap punya

Ann Ishak said...

Mimy - nantilah tanya dulu owner nya

Ann Ishak said...

MamaEma - la, kenapa pulak?!!!

Ann Ishak said...

Aine - betul tu dear

Ann Ishak said...

Faizah - of course dear, mesti follow punya