Wednesday, August 15, 2012

My Wishlist

Dah tua2 ni aku masih lagi mempunya wishlist dalam hidup. walaupun tak sebesar mana bendanya tapi aku tetap akan usaha untuk memilikinya sendiri menggunakan kederat dan kemampuan sendiri. walaupun pun dah kawin, tak pernah lagi aku meminta2 untuk dibelikan sehingga laki pun pelik...kenapa aku tak pernah mintak apa2 pun dari dia semenjak bercinta sampailah dah kawin ni walaupun untuk hadiah hari jadi sendiri. kira okay apa... :)

Setiap tahun aku mesti pasang angan2 untuk memiliki sesuatu, kiranya my wishlish of the year. i'll looking forward untuk mendapatkannya sehabis boleh. untuk tahun ni pun aku ada wishlist dan aku pernah bagitau laki my wishlist ni masa awal2 tahun dulu...dah dia tanya apa azam aku, aku jawablah my wishlist adalah azam aku untuk tahun ni. tak sangka pulak dia ingat lagi (terharu di situ), dan my laki dah memenuhi segala my wishlist untuk tahun ni bersempena dengan hari lahirku yang lepas. antara wishlist aku;

Aku kan suka memasak, baking dan seangkatan dengannya, jadi aku teringin nak ada oven yang agak besar. YES dah dapat...

Hand Mixer ni dapat free dengan pembelian oven tu...dah lagi memudahkan :) (ini bukan dalam wishlish)

Visions ni aku nak sebab ada periuk kecik macam dekat gambo atas tu, senang nak memanas lauk pauk. periuk ada tangkai tu memang aku nak sangat sebab senang nak memasak, aku benci dengan periuk yang beli dekat Ikea tu...harap harga je mahal tapi quality memang OUT betul. YES dah dapat...

Kuali Tefal ni pulak memang aku nak sangat untuk nak menggantikan my Tupperware kuali tu. bukannya dah rosak tapi aku menghadapi masalah untuk menyimpan dan kuali tu besar sangat. bukannya nak masak hidangan untuk 10 orang tapi untuk 2 orang je. aku teringin nak ada kuali yang bersaiz medium gini untuk masak hari2. YES dah dapat jugak...

Alhamdulillah syukur, terima kasih Faizal sebab penuhi ke semua impian saya untuk tahun ni. bolehlah saya berangan impian baru untuk tahun depan pulak ek...manalah tau awak nak tolong realisasikan lagi untuk tahun depan ahaksss sambil tangan di dada, mata ke atas ;)

8 comments:

Mimy Hamid said...

so sweet wishlist..ni lagi semangat nak memasak sedap la untuk abg bujal kan..harusssss

Cikgu Ma said...

amboi impian dia...hehe...moga tercapai yea.. =)

selamat hari raya =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

MamaEma said...

semua wishlist tentang benda nak masak..rajin sungguh.

Mizz ErMa said...

wah, romantik betul..hik3, maybe utk thn dpn, kak ann pulak kena realisasikan wishlist abg faizal..hehe

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - haruslah, suami kenyang...isteri happy

Ann Ishak said...

Cikgu Ma - dah tercapai, alhamdulillah

Ann Ishak said...

MamaEma - minat sangat mama, tak memasak sehari tu rasa macam tak lengkap pulak dunia saya ni.

Ann Ishak said...

Mizz Erma - hahaha tu harus difikirkan dulu ;p