Saturday, August 11, 2012

Next appointment

Tadi aku membelek kucing2 kesayangan ni, perasan bulu diorang ni dah mula gugur dan ada jugak sekali sekala aku dengar diorang ni bersin. mungkin sebab cuaca tak menentu, diorang ni pun senang mengalami perubahan cuaca jugak. bila dah ada tanda2 macam ni, apa lagi mulalah aku bertukar jadi nurse...nak bagi diorang ni semua makan ubat. oh...penuh pancaroba jugak ni, mau berperang nak makan ubat.

Ubat ini aku dapatkan di veterinar semasa hantar diorang ni pegi vaccine tempoh hari. cara nak bagi diorang makan ubat ni memang secara paksaan, kalau campur dalam makanan mereka...alamat memang tak bermakan langsung sebab ubat ni ada bau yang membuatkan diorang tak nak makan. rasa tu tak taulah, takkan aku nak try kot. biasanya aku masukkan dalam picagari ikut sukatan yang ditetapkan. peluk diorang ni setiap sorang, jangan lupa pegang kaki tangan takut mereka cakar kita pulak. lepas tu bukakan mulut dan picit ubat masuk direct dalam tekak diorang ni. kalau perlu, biarkan seketika sebelum lepaskan. kerja2 ni memang memerlukan at least 2 orang untuk handle.

Aku pun ada jugak medical card anak2, ingat korang je ke ;) ni ha medical card anak2 aku pulak. ni shiro punya, next appointment is on November 2012.

Yang ni pulak mika punya, baru jumpa doc hujung tahun lepas tapi tahun ni pun akan di bawak sekali sama dengan shiro nanti. pastinya ubat2 untuk diorang ni memang mahal2 weh, tapi takpelah sayang punya pasal.

2 comments:

Mimy Hamid said...

pencinta kucing

Ann Ishak said...

Mimy - haiwan yang penuh kasih sayang, harus dilayan dengan kasih sayang jugak