Saturday, August 25, 2012

Permasalahan

Just nak tau apa pendapat uolsss dalam situasi di bawah ni. masa balik kampung sempena hari raya, terkeluarlah cerita ni. nama..., terpaksalah di rahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut.

~~~
Ada satu keluarga ni, dari selepas kahwin sehingga kini mereka tak pernah langsung balik ke rumah/menjenguk mak mertua belah lelaki, hanya balik sebelah isterinya saja. berapa lama mereka dah kahwin aku tak pasti pulak tapi rasanya dah lebih 5 tahun kot. perkara ni terjadi berpunca dari suaminya kecik hati/makan hati/terasa hati/ merajuk hati dan segala2 yang melibatkan hati dan perasaanlah kiranya dengan mak nya tu.

Isterinya ni pulak bukannya tak pernah tegur, hampir setiap tahun kalau nak menjelang Ramadhan ataupun hari raya sekali pun...mesti akan bertanya pada suaminya sama ada nak balik jenguk maknya atau tidak. tapi tak pernah sekali pun suaminya setuju malah silap2 boleh bergaduh pulak laki bini pasal perkara ni. akhirnya isteri pun ikutlah kata suami, sukalah kan kalau dah laki asyik nak balik side bini je ahaksssssss. tapi kesian pada isterinyalah, dengarnya mak si suaminya ni dah bawak mulut mengatakan yang menantunya ni menghasut supaya lakinya jangan balik tengok maknya. kesian kesian kesian :(

Selepas di selidik, barulah tau punca anak lelakinya ni kecik hati sangat dengan maknya. sepanjang usia remaja, maknya tak pernah kisah dengan anak lelakinya ni. apa yang dia tau, kalau takde duit mintak dekat anak lelakinya ni. masa kahwin anak lelakinya ni dulu, satu benda pun maknya ni tak tolong. anaknya tak mintak bantuan wang ringgit pun, tapi cukuplah sekadar tanya/ambik berat pasal persiapan anaknya lelakinya nak kawin. ini memang takde langsung, seolah2 yang nak kawin ni bukan anaknya. yang aku rasa memang sedihlah...anak lelakinya ni sampai pujuk maknya untuk datang majlis nikahnya dulu. alasan maknya tak nak pegi majlis nikah anak lelakinya, jauh sangat...malas nak pegi (uihhhhhh memang makan dalam betul rasanya hati huhuhuhu). mau tak menjeruk hati anak lelakinya ni. dengarnya selalu jugak anak lelakinya menangis kalau teringatkan perihal perbuatan maknya, sehinggakan sekarang anak lelakinya seolah2 dah berhati batu keras untuk berjumpa dengan maknya lagi.

~~~

Pada aku memang sedihlah situasi ni kan. tahlah...kita ni yang kena beringat selalu. janganlah buat anak kita macam tu. anak2 pun ada perasaan jugak, jangan sampai anak sendiri yang menjauh diri dari ibu bapa.