Friday, August 17, 2012

Sahur yang merah2 saja

Hai lah raya...tinggal beberapa hari lagi kita nak berhari raya kan. sekejab betul masa berlalu. macam mana persiapan uolsss nak balik beraya di kampung. berapalah beg uolsss berangkut raya sama ek. beg dah tentulah penuh satu bonet kereta, kuih raya lagi, kepek raya lagi, mercun raya lagi...huiiiiiiiii macam nak pindah terus tinggal dekat kampung gamaknya :) aku pun tak kurang jugak, sama je macam uolsss. kalau boleh semuanya nak di bawak balik kampung sama kan.

Kiranya yang tinggal dekat rumah tu ala2 kadar je sementara nak balik kampung ni kan, samalah jugak juadah sahur aku pagi ni. udang tu memang tinggal banyak tu je, terus aku masak sambal bagi perabis semua barang2 dalam ice gobok tu. sekarang ice gobok aku memang kosong tanpa sebarang makanan basah...kali pertama aku tengok ice gobok ku kosong. bestnya...sayur2an semuanya dah habis masak. yang tinggal cuma air sedap2 manis2 tu dan segala benda2 yang tahan lama sahaja. memang niat nak perabiskan segala makanan yang ada, takdelah yang rosak nanti dan tak membazir.

sambal colek mesti ada, kalau tak...tak jalanlah nasi seperiuk ahaksss

Anyway, hari ni mesti uolsss semua dah start cuti panjang sempena hari raya nanti. yang bekerja untuk hari ni, insyaAllah uolsss mesti dapat pelepasan 1/2 day untuk hari ni jugak kan. sesiapa yang balik raya jauh, hati2 di jalan raya. jangan nak laju cepat sampai je, tak lari kampung tu. kalau penat rehat dulu, senang cerita rancanglah perjalanan balik kampung uolsss dengan baik ek.

Di sini saya dengan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk uolsss semua tak kira di mana saja berada. semoga hari raya ni dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim antara kita dan keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan. maaf zahir dan batin dari kami.

8 comments:

Rai said...

kak ann,
adeh..bercinta dengan toilet kalau camni punya gaya..haha..

tapi sambal udang tu serius nampak sedap.. T_T

husband saya pun bising tengok beg besar2..dia tanya..kita nak balik berapa bulan ni? hahaha..ala.. balik kampung dia jugak :P

Lia said...

sedapnya sambal petai tu.. yuuumm... hehe :)

Irfa said...

semalam pun saya clearkan peti ais..buang mana yg agak2 cepat rosak.

ejulz said...

waaaaa.. udang.. sedap.. :)

Ann Ishak said...

Rai - biasalah tu rai, lain kali cakap je 'kita nak balik setahun je'...hihihi

Ann Ishak said...

Lia - sedap tau lia

Ann Ishak said...

Irfa - mesti lepas raya bakal penuh balik kan ahaksss

Ann Ishak said...

ejulz - sedap pedas tau