Friday, August 10, 2012

Wangian Syurga

...sambungan dari entry ini dan ini

Diharamkan Wangian Syurga

Nah, jika wangian syurga boleh didapati dari jarak yang sangat jauh, maka hanya mereka yang benar-benar rugi sahaja yang diharamkan daripadanya! Mereka ialah orang yang sangat hina dan rendah darjatnya di sisi Allah s.w.t. disebabkan dosa yang mereka lakukan. Maka mereka menjadi lebih hina daripada haiwan.

Rasullullah s.a.w. menceritakan berkenaan golongan ini dalam beberapa hadisnya. Salah satunya ialah wanita-wanita yang telah dicabut rasa malu dari hati mereka sehingga rela memdedahkan aurat di hadapan awam.

Apabila menyebut sifat-sifat ahli neraka, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan lenggang lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium wangiannya. Padahal wangian syurga boleh dihidu daripada perjalanan sejauh begini dan begini (sangat jauh)." (Riwayat Muslim).

Seterusnya ialah para pengkhianat yang tidak menghormati perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan para bukan Islam di dalam sesebuah negari.

Daripada Abu Bakrah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membunuh ahli zimmi bukan pada masanya, maka ia tidak akan dapat menghidu wangian syurga. Padahal wangian itu dapat dihidu dari jarak 70 tahun perjalanan." (Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud).

Begitu juga, penuntut ilmu agama yang tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, malah menggunakannya untuk meraih kemasyhuran dan harta dunia.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menuntut ilmu yang diharapkan reka Allah padanya, namun ia mempelajarinya untuk mendapatkan keuntungan dunia, maka ia tidak akan dapat menghidu bau wangian syurga." (Riwayat Abu Daud).

Semua sifat-sifat ini amat dibenci oleh Allah s.w.t. Sesiapa yang memiliki salah satu daripada sifat tersebut, maka dia akan dijauhkan dari syurga hingga bau wangian syurga pun tidak dapat dihidunya. Semoga Allah menjauhkan kita daripada semua sifat-sifat tercela ini.

Teringat Syurga

Demikianlah wangian syurga yang tiada tandingannya. Seorang perindu syurga selalu teringatkan syurga setiap kali menghidu wangian di muka bumi ini. Setiap kali mencium sekuntum bunga, atau mendapati minyak wangi yang harum baunya, hatinya segera beralih kepada syurga yang dirinduinya.

Berkata al-Hafiz Ibn al-Qayyim dalam Hadi al-Arwah: "Sungguh, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-Nya kesan-kesan dan contoh-contoh kenikmatan syurga di muka bumi ini, seperti wangian yang harum, kelazatan yang menyelerakan, pemandangan yang indah, kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaan hati."

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga-Nya bersama-sama orang yang kita cintai. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa dan mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya. Amin ya Rab al-'alamin.

5 comments:

Azian Elias said...

tabarakallahh.. thanks for sharing.. Semuga ALLAH memelihara hati2 kita..

Kakzakie said...

Muhasabah diri moga dapat dimanfaatkan bersama.

Kakzakie said...

kakak dtg lagi nak cakap org susuh tu: -

Ann kakak rasa kalau Ann nak bagi bantuan macam baju-baju atau apa juga memang dia nak sebab suami dia dah terlantar. Isteri dia cuma cleaner. Bayangkan berapa sen dia dapat. Ann nak turun JB ke? Kalau ye beritahu kakak boleh kita arrange.

Ann Ishak said...

Azian - insyaAllah kak

Ann Ishak said...

Kak Zakie - betul kak