Saturday, September 29, 2012

Bakso bola tenis

Entry terakhir untuk jalan2 di Melaka, kali ni memang banyak makan2 je. maklumlah tujuan utama jalan2 pun untuk rehatkan badan dan jalan2 cari makan. sebagai penutup untuk kali ni, saya jumpa tempat makan yang best sesuai dengan anak tekak saya.

Biasa makan bakso, saya suka makan bakso tapi adalah amat susah untuk jumpa yang betul2 sedap. di zaman bujang dulu saya selalu pegi pasar Chow Kit waktu malam kerana dekat sana ada pakcik yang jual bakso sedap. tapi sekarang pakcik tu tak ada lagi, tak taulah dia sudah berpindah ke tempat lain atau dah tak meniaga lagi. sejak dari itu, saya dah tak  jumpa peniaga yang buat bakso sedap lagi. kalau ada pun rasanya alahaiiii, bolehlah di telan dek anak tekak ni tapi untuk kata sedap sangat tu rasa segan pulak. 

Okay tempat makan yang mampu menghidangkan hidangan bakso yang sedap itu adalah di Peringgit, nama kedainya Medan Bakso. betul2 di tepi jalan sebelum General Hospital Melaka dari arah Banda Hilir. bukannya gerai tepi jalan tetapi kedai makan yang lokasinya berhadapan dengan rumah2 orang. 

Apa yang menarik sangat dengan kedai bakso ni adalah, di sini terdapat pilihan size untuk bebola daging ikut keinginan pelanggan. pernah tengok bola ping pong dengan tenis, begitulah size nya dengan bebola daging di kedai ni. memang puas makan bebola daging, sampai kenyang dibuatnya.

Cili jeruk dan cili kicap kot namanya, saya paling suka cili kicap tu berbanding cili jeruk. saya memang tak suka makan sesuatu yang masam2 ni.

Selain dari cili2 tu, ada jugak disediakan di atas meja...kicap manis dan sos cili. ini adalah penambah perasa dalam bakso tu nanti.

Bakso Special RM5.50, ada 2 biji bebola daging size bola tenis. dihidangkan panas berasap memang nikmat makan betul bersama bebola daging yang besar. Faizal siap bungkus 2 lagi untuk di bawa balik.

 Nasi Ayam RM4, pun sedap jugak.

 Dihidangkan bersama sup bakso dan homemade sos cili.

Waktu saya datang ke kedai ni, tempat makan adalah penuh dengan pelanggan yang datang untuk menikmati bakso dan nasi ayam. dah lama saya usya tempat ni tapi asyik penuh je, kali ni baru tercapai hasrat tekak dan apa yang boleh saya kata...i will come again. dengan ini secara rasminya jalan2 di Melaka berakhir di sini.

4 comments:

Lia said...

bakso + cili kicap tu mmg sedapp kan.. :)

Aishah Jahirah said...

pnh try bakso tp xkena dgn tekak...:)

Ann Ishak said...

lia - betul tu lia :)

Ann Ishak said...

aishah jahirah - takpe, dekat kedai ni ada jugak nasi ayam, sedap jugak tau :)