Wednesday, September 26, 2012

Fakta menarik untuk bunga dahlia

 
  •  Nama dahlia diambil bersempena nama pakar botani Swedish yang terkenal pada kurun ke 18 iaitu Andreas Dahl.
  • Berlainan pula dengan penduduk Jerman yang hidup dalam kurun ke 19, mereka memanggilnya bunga Georgia sempena nama professor kimia Jerman, Johann Gottleib Georgi St Petersburg.
  • Berkongsi keluarga yang sama dengan bunga daisi, lantaran itu bentuknya juga hampir menyerupai bunga itu.
  • Terdapat lebih 30 species, kini ia turut dikacuk untuk menghasilkan kelopak dan warna yang lebih cantik, mempesonakan serta unik.
  • Kerana keindahannya, dahlia diminati sejenis lava kupu-kupu, Lepidoptera.
  • Kebiasaannya dahlia mula berkembang selepas 90 hari ditanam tetapi dahlia kacukan mengambil lebih dari 120 hari untuk kembang mekar.
  • Sejarah mengatakan bahawa etnik Aztek atau lebih dikenali sebagai Mayan di Mexico yang hidup sekitar kurun ke 14 hingga 16 menanam dahlia untuk dijadikan bunga hiasan pada acara perayaan manakala bonggolnya pula dijadikan sumber makanan.
  • Walaupun menyukai cuaca dingin, dahlia boleh ditanam di kawasan tanah rendah.
  • Kelopak dahlia tersusun secara selapis mahupun banyak lapisan. Antara species yang boleh dijumpai di Malaysia adalah dahlia caccinea.
Cara pembiakannya;
  1. Pembiakannya menggunakan ubi, dikeluarkan semula dari tanah dan dicuci bersih menggunakan air bercampur bahan anti kulat. Kering dan dijemur beberapa hari sebelum ditanam semula.
  2. Membiak menggunakan keratan batang dahlia yang sudah tua dan ditanam semula.

8 comments:

Jna marcello said...

WAHH..baru taw all the info!
tq sharing sis ;)

Lyana Myra said...

thnks for d info.
dahlia ni lawa n nmpak lembut dipandang kan =)

jemput singgah to my online shop
http://sakuraitubunga.blogspot.com/

=)

E'in said...

nice sharing.. baru e'in tahu.. hehe

eMMe said...

Fakta menarik tentang dahlia
gud info Ann, lain dari yg lain kan dahlia, boring dah tgk rose, hehehe...

Ann Ishak said...

Jna marcello - no prob :)

Ann Ishak said...

Lyana Myra - i will :)

Ann Ishak said...

E'in - me too :)

Ann Ishak said...

emme - sesekali kita tukar bunga apa salahnya kan :)