Wednesday, September 5, 2012

Faktor2 yang mempengaruhi pencernaan



1. Jenis Makanan

Karbohidrat (buah2an, bijirin) paling cepat dicernakan, diikuti protein (kekacang) dan lemak (mentega, kacang). Campuran makanan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan.

2. Gabungan Makanan Yang Tidak Sesuai

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah pencernaan apabila mengambil sesetengah gabungan makanan, seperti pengambilan buah2an dengan sayur2an.

3. Cara Masakan

Makanan yang digoreng atau berkandungan lemak tinggi memerlukan lebih masa untuk dicernakan.

4. Minum Air Sewaktu Makan

Air dan jus yang diambil bersama makanan akan mencairkan jus pencernaan dalam perut, lalu melambatkan pencernaan.

5. Jenis Makanan

Sesetengah makanan dan minuman seperti teh, kopi, rempah, perasa makanan, makanan manis, cuka, jeruk dan makanan berlemak melambatkan pencernaan.

6. Suhu Makanan

Makanan dan minuman yang terlalu panas (atau sejuk) akan melambatkan atau melemahkan sistem pencernaan.

7. Aktiviti Cergas

Senaman, mandi atau belajar secara intensif sebelum atau selepas makan akan mengalihkan perhatian otak dan melambatkan proses pencernaan.

8. Makanan Berlebihan

Pengambilan makanan yang berlebihan dan terlampau cepat membebankan sistem pencernaan dan menjejaskan fungsinya.

9. Masa Makan Yang Tidak Tetap

Pengambilan makanan ringan antara waktu makan dan tidak mengamalkan masa makan yang tetap akan mengunakan tenaga berlebihan dan menjejaskan selera makan.

10. Keresahan Atau Stress

Proses pencernaan akan terganggu apabila makanan diambil semasa teruja, gelisah, mengejar masa atau sedih.

11. Ketidakseimbangan Flora Usus

Keseimbangan bakteria baik yang terdapat secara semula jadi dalam usus untuk membantu percernaan akan diganggu oleh stress, diet yang kurang sihat atau pengambilan antibiotik.

2 comments:

Cho Zila said...

banyak faktorkan..meamng sangat tidak selesa..

Ann Ishak said...

Cho Zila - haah, boleh buat demam satu badan tau :)