Thursday, September 13, 2012

Iftar ala orang putih la...

Hari ni hari Khamis, sentiasa istimewa untuk aku. dah tentu bukan kerana malamnya malam Jumaat ye tapi hari ini aku berpuasa ganti dan sunat. insyaAllah biarlah menjadi amalan berkekalan selagi nyawa di kandung badan (gigih nak perabih 'hutang lama' dan 'hutang baru').

Rasanya hari ni nak makan pizza la (sebenarnya malasss nak masak), tapi tak nak pizza2 yang biasa tu...nak yang tak berapa biasa pulak. terus Faizal bawak pegi AEON Wangsamaju, adalah amat jarang aku ke sini tapi bila mamat ni drove me here...dah taulah dia nak bawak aku pi mana ;P mana lagi kalau tak ke Papa John's Pizza.

Ambik set for 2, senang semua sekali ada di dalamnya. tempting tak pizza tuh...perh sedappp Grill Chick Delight ni. di Papa John's Pizza ni memang takde sos cili ke sos tomata ye...tak payah nak pusing se round mencari pun sebab dekat sini mereka ada menyediakan sos nya yang tersendiri bersama dengan garlic sos. pada aku sedaplah dek tekak ni tapi aku prefer makan pizza begitu sahaja w/out sos.

Seyes air ni memang sedappp, termasuk dalam set jugak ---> Wildberry Splash. layanan dekat sini pada aku okay dan memuaskan hati. pekerja dekat sini murah dengan senyuman, mintak apa pun dengan pantas mereka hantar...memang puas hati for the service.

Soup, tapi aku dah lupa pulak apa ke namanya, ada dalam set jugak

Papa Platter ni pun dalam set jugak memang sedaplah tapi kekenyang punya pasal, gigih nak abiskan ;p selain di AEON Alpha Angle Wangsamaju, kalau tak salah dekat Times Square pun ada jugak resto ni. okay harga untuk set ini adalah RM35, ada service charge dan tax sekali, alhamdulillah untuk rezeki makan hari ini.

10 comments:

Norhafizah (Lina) said...

seronok ya makan pizza tak berapa biasa ni. nampak sedap gak tu Ann. skg size badan dan berapa?

Mimy Hamid said...

Ni hari masa kita terserempak kan....heehe

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

terliur sudaaaa...

Rai Ourkizuna said...

pizza base tu nampak macam lembut gila kak! eh ok lah kan set tu rm35 je..makan dua orang kenyang..

Lia Ilnia said...

nampak sedap! Tapi Lia tak pernah lagi makan Papa John's Pizza ni.

Ann Ishak said...

Norhafizah - size badan masih sama lagi, bukannya hari2 pun makan gaya gini :)

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - taklah, waktu kejadian adalah selepas raya :)

Ann Ishak said...

Hazlina Shahrel - lap, jangan menitik atas keyboard pulak :)

Ann Ishak said...

Rai - memang kenyang sangat rai, kalau rai makan sekeluarga pun rasanya cukup

Ann Ishak said...

Lia Ilnia - cubalah lia, sedap :)