Sunday, September 16, 2012

Laksa Johor Malaysia Day

Bersempena Malaysia Day hari ni, Faizal mintak buatkan laksa johor untuk makan tengah hari. aku masak lebih sebab boleh bagi jiran sebelah rumah makan sama, dengarnya mereka semua ada dekat rumah. my jiran ni sungguh pun anak dara bujangan tapi rajin betul memasak, lepas tu hantar dekat rumah aku jugak, jadinya 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita membalas sama' ;p

Eh sorry ye, di sebabkan malas nak bangun banyak kali untuk ambik kuah, aku angkat periuk letak atas meja makan sekali...kalau orang tua2 nampak ni, matilah kena bebel ;p

Bahan ulamannya, hiris nipis timun, kacang panjang dan lobak asin. tauge dibuang ekor dan limau kasturi dibelah dua. sambal belacan mesti ada, kalau resdung jangan makan pulak...nanti gatal hidung.

Didihkan air, garam, minyak masak dan masukkan spaghetti. biarkan lembut dan toskan, ketepikan. untuk kuahnya pulak, panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. tumiskan bahan kisar (bawang besar, serai, halia, bawang putih dan lengkuas) sehingga kekuningan. selepas tu masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. kemudian masukkan kerisik, asam keping, rempah kari dan kacau rata sehingga garing. selepas itu masukkan isi ikan dan udang yang di kisar (ikan kembung direbus, simpan stok dan kisar isi ikan tanpa tulang dan udang direbus, simpan stok dan kisar isi udang). perlahan2 tuangkan santan dan stok ikan bersama udang dan kacau rata sehingga mendidih. perasakan dengan garam dan gula. siap dah...bolehlah dimakan bersama spaghetti dan ulam2an serta sambal belacan tadi :)

Happy Malaysia Day kalian (^_^) dan happy holiday