Thursday, September 27, 2012

My Homemade Asam Pedas Daging berKerisik

Dah lama rasanya tak masak asam pedas, nak pegi kedai makan asam pedas...tak mampu pulak nak menahan tahap pedasnya, at the end masak sendiri jelah. intai2 dalam ice gobok, ikan dah habis stock...yang ada cuma daging, daging kambing, ayam dengan udang sotong. akhirnya aku masak daging je, nak buat asam pedas bercampur dengan  kerisik.

Potong daging ikut suka, saya suka potong nipis2 je sebab saya ni tak pandai sangat nak potong daging...takut salah potong nanti terkeras pulak daging tu. cili kering, bawang besar, bawang putih dengan halia di kisar halus. panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi. kemudian masukkan serai, daun limau purut, daun kesum dan daun kunyit...gaul sehingga mesra dan garing. selepas tu masukkan jintan halus, serbuk kunyit dan kerisik, gaul rata dan masukkan daging. masukkan air asam jawa dan rebus daging sehingga empuk. bila daging dah empuk, perasakan dengan garam dan masukkan kacang panjang dan terung. masak seketika sehingga sayur layu dan bolehlah dihidangkan.
  
Saya suka buat kuah yang banyak sebab sedap woooo kalau buat cecah dengan roti.

5 comments:

kathy said...

x penah lagi try asam pedas berkerisik ni..nanti leh try ^^

emarieys said...

selalu buat asam pedas ikan jer..

Unknown said...

Kathy Tuah - cubalah, pasti tak menghampakan :)

Unknown said...

Ema - ikan tu dah biasa sangat, apa kata cuba yang lain pulak :)

QasehnyaRania said...

tak pernah try buat asam pedas letak kerisik :)

menarik ni.. asam pedas dpt hirup kuah mmg terbaek :)

*akak mana nak cari bunga teratai tu?