Wednesday, September 19, 2012

Persediaan mengecat lagi

1. Walaupun pakar dekorasi memegang berus seperti memegang pen, namun cara yang terbaik adalah memegang berus dalam cara yang paling selesa dan ia semestinya bergantung kepada diri sendiri. dalam erti kata lain, pegang je ikut suka hati hang, jangan pandang je berus tu kerna berus tu takkan bergerak sendiri.

2. Apabila mengecat dinding dengan berus, pastikan mula mengecat di sudut atasnya terlebih dahulu. jika hang seorang yang kidal, mula mengecat dari kanan ke kiri.

3. Celup hanya satu per tiga bahagian berus ke dalam cat. celupan cat yang keterlaluan hanya akan menyebabkan cat meleleh dan menitis ke lantai. lagipun, berus yang dicelup hingga ke bahagian dasar akan merosakkan bulu dan menjadikannya lebih kasar.

4. Sentiasa sisihkan satu set berus, roller untuk digunakan bersama cat putih sahaja. ini kerana, sisa cat berwarna yang masih lagi tertinggal pada berus atau roller tersebut biasanya akan menjadikan sapuan cat putih tidak sempurna.

6 comments:

KhaiRin : anies said...

lps raya br mengecat ann?

Qhaifa Nur said...

teringin nak buat semua itu..
ikut pilihan sendiri, bestnya.....

Kesuma Angsana said...

tq share

Ann Ishak said...

Anies - plan nya memang nak buat lepas raya, tapi sampai sekarang tak mula lagi muahahaha

Ann Ishak said...

Qhaifa Nur - u pun boleh buat dear

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - sama2